Malaysia Dateline

Dr. Hafidzah: Pejuang rakyat yang cintakan ilmu

Dr. Hafidzah Mustakim pernah dinobatkan sebagai Tokoh Wanita Saidatina Zainab binti Khuzaimah (Gelar tokoh Wanita Kelantan 2015).

Beliau meraih gelaran ini kerana khidmat cemerlangnya sebagai kepimpinanan wanita dan baktinya terhadap masyarakat terutamanya di sekitar Kota Bharu dan umumnya di Negeri Kelantan.

Sepertimana yang diimpikan oleh Almarhum Tok Guru Nik Aziz bahawa Kota Barau sebagai kota budaya dan kota ilmu, Dr. Hafizah mempunyai impian yang sama dengan diikat dengan kebersihan, bandaraya Islam yang sistematik dan tersusun dengan keperlbagaian kluster didalamnya termasuk budaya, perniagaan tradisional, laluan keilmuan (knowledge street) yang menempatkan gedung kitab dan buku keagamaan, sudut wanita dan remaja, kluster makanan tradisi dan bandar bebas karbon (carbon free city).

Ibu yang aktif dan gigih ini mempunyai lapan (8) orang cahaya mata dan 10 orang cucu. Beliau merupakan pemilik Klinik Perubatan Perdana Cawangan Islah.

Doktor Perubatan ini amat dikenali disekitar kawasannya dan kerap memberikan rawatan dan khidmat kesihatan ‘gratis’ kepada pesakit tidak berkemampuan dan golongan asnaf.

Sifat keibuannya dalam memberikan rawatan dan khidmat nasihat kesihatan kepada pesakit menjadi jenama kepada Dr. Hafidzah: Doktor Rakyat.

Dr Hafidzah merupakan graduan universiti yang tersohor di Australia dan salah sebuah universiti terbaik dunia, University of Monash, Victoria, Australia. Pernah berkhidmat di Western Hospital Melbourne dan sekembalinya ke Malaysia beliau merupakan Pegawai Perubatan di Hospital Kuala Lumpur, Kota Bharu dan Hospital Universiti Sains Malaysia.

Sejak zaman mahasiswanya Doktor Rakyat ini sangat aktif dalam gerakan kemahasiswaan dan kebajikan. Beliau pernah menjawat jawatan Ketua Wanita Muslim Student Association, Monash Universiti dan kemudia terlibat diperingkat pertubuhan Mahasiswa seluruh Australia sebagai Ketua Wanita Australian Federation of Muslim Students (FAMSY).

Beliau menggerakkan kegiatan keilmuan, kebajikan dan kekeluargaan Islam semasa berada di Australia. Beliau dikenali dikalangan mahasiswa Malaysia diAustalia sebagai seorang yang amat ringan tangan untuk membantu dan memberikan khidmat kebajikan. Jiwa kepemimpinannya sangat terserlah sejak zaman mahasiswa.

Beliau kemudian kembali ke Malaysia setelah tamat pengajian, dan bergerak secara aktif dengan semangat yang sentiasa bugar dalam beberapa pertubuhan NGO. Diantaranya Pertubuhan IKRAM dan pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua IKRAM Malaysia diantara 2014-2017.

Kerana keaktifan dan khidmat beliau yang sangat cemerlang, Dr. Hafizah dinobatkan pada tahun 2015 sebagai Tokoh Wanita Kelantan; Tokoh Saidatina Zainab binti Khuzaimah. Gelar ini sepadanlah dengan sifat Saidatina Zainab yang menjadi contoh dalam kehidupan Dr. Hafidzah.

Saidatina Zainab yang mendapat gelar “Wanita Pemurah dan Dermawan’ inilah yang banyak diambil iktibar oleh Dr. Hafidzah gerak-kerjanya. Jiwa beliau sangat-sangat ingin mencontohi jiwa Saidatina Zainab, diantaranya menyantuni golongan fakir dan miskin.

Sepertimana Saidatina Zainab yang pernah didatangi seorang miskin kerumahnya meminta sedikit gandum, lalu Ummul Mukminin ini menyerahkan keseluruhan gandung yang ada padanya kepada faqir tersebut.

Baginda Rasullullah S.A.W kemudian memuji sifat Saidatina Zainab. Begitulah juga jiwalah Dr Hafizah yang menjadikan Klinik beliau tempat memberikan bantuan dan khidmat sepenuh jiwanya kepada para faqir dan yang memerlukan.

Hujung minggunya dipenuhi dengan gerak-kerja menyantuni masyarakat sekitar Kota Bharu walaupun beliau bukanlah ahli Yang Berhormat dikawasan itu. Maka, memang layaklah Kerajaan Negeri Kelantan pada ketika itu menobatkannya sebagai Tokoh Saidatina Zainab binti Khuzaimah.

Perjuangan beliau dalam NGO tidak berakhir di situ sahaja. Pada tahun 2018 Dr. Hafidzah telah dipilih bertanding sebagai calon Pakatan Harapan mewakili AMANAH di DUN Tanjong Mas (N.08 Negeri Kelantan).

Dari situ sifat ramah, kepimpinan, cakna rakyat, keaktifan, mudah didekati dan profesional yang berpandangan jauh kehadapan telah menyinari keperibadian beliau. Walapun tidak berjaya dalam PRU-14, namun Dr Hafidzah tidak pernah meninggalkan kubu perjuangannya.

Setiap hari dan hujung minggu ada sahaja khidmat dan program yang sentiasia beliau gerakkan di Tanjung Mas dan juga di sekitar Kota Bharu. Beliau menyantuni rakyat, memberi bantuan kebajikan, menggerakkan aktiviti kemasyarakatan, menziarah orang tua dan orang sakit, memberikan ceramah disekitar kawasan Kota Bharu dan juga diluar bagi memberikan kesedaran kepada rakyat mengenai dasar Rahmat-al-Alamin kepada masyarakat Islam dan bukan Islam.

Jadual beliau amat padat dan boleh dikatakan pada hujung minggu beliau sentiasa bersama rakyat dan menyantuni mereka. Siapa tidak kenal dengan Dr. Hafizah di Kota Bharu, tokoh cakna rakyat dan penggerak aktiviti kemasyarakatan.

Dalam PRU ke 15 kali ini beliau merupakan tokoh pilihan Pakatan Harapan untuk bertanding di Parlimen Kota Bharu P.021.

Beliau amat sesuai di Kota Bharu yang merupakan pintu masuk ke Negeri Kelantan yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan warisan. Iaini negeri yang budayanya di sulami dengan keindahan tradusi keilmuan dari institusi pondok sehinggalah keinstitusi moden berupa kolej dan universiti.

Sepertimana pengutusan Rasulullah S.A.W yang membawa tugasan Rahmat-al-Alamin, Dr. Hafizah mahu menjadikan ini sebagai landasan utama perjuangannya.

Menggerak perubahan dan membina masyarakat madani yang berilmu, berintegriti dan membina kerajaan berteraskan tatakelola baik (good governance).

Beliau ingin memastikan perjuangan dan akhirrnya kemenangan di Kota Bharu akan menjadi pemangkin kepada pembentukan sebuah kerajaan yang amanah, berwawasan, bersih dan kuat dapat dibentuk diperingkat pusat.

Beliau akan menyaingi Datuk Seri Takiyuddin Hasan, Setiausaha Agung Pas, bekas Menteri Kabinet Pusat dan EXCO Kerajaan Negeri.

Berbeza dengan penyandang, Dr Hafidzah mahu berkhidmat penuh berintegriti, menghormati Institusi Raja-Raja Melayu, mempertahankan perlembagaan dan tidak menjadi tokoh elit masyarakat semata-mata.

Dr Hafidzah merasai denyut-nadi rakyat juga sudah bosan dengan ramai tokoh yang bersikap mempergunakan agama untuk kekuasaan dan membohongi rakyat untuk mempertahankan kedudukan serta pangkat.

Ini kita boleh lihat dalam satu sidang parlimen pada bulan Julai 2021 telah dikelirukan oleh seorang Menteri Kerajaan PN, yang juga Ahli Parlimen dari Pas mengenai pembatalan proklamasi darurat, sehingga membuatkan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong menzahirkan kekesalannya terhadap kenyataan mengelirukan menteri tersebut di Parlimen.

Sesungguhnya Kota Bharu mahukan dan perlukan seorang ahli parlimen yang jujur, berintegriti, amanah, bercakap benar dan cakna rakyat. Tokoh itu adalah Dr. Hafidzah.

Dr. Hafidzah Mustakim merupakan tokoh perjuangan rakyat, berjiwa murni, amanah dan wanita kental. Beliau lebih layak berada diparlimen mewakili rakyat Kota Bharu, kerana sikap jujurnya dan keberanian mempertahan resah-pilu rakyat.

Dr. Hafidzah akan merupakan sebahagian pasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan membawa negara kearah kecemerlangan, membantu rakyat menghadapi getir kehidupan dalam situasi ekonomi negara yang makin meresahkan dan dasar serta polisi yang amat tidak terarah.

Kehidupan sederhana beliau, keperihatinan beliau terhadap nasib wanita-wanita teraniaya, jiwa rakyat yang beliau miliki, keperipadian menyantuni anak muda, sifat keibuan mengasihi kanak-kanak melayakkan Dr Hafizah untuk diangkat sebagai ahli parlimen.

Pengetahuan beliau mengenai ekonomi rakyat akan dapat membantu masyarakat Kota Bharu khususnya dan menjadi penggerak utama dasar PH diperingkat pusat dalam hal ehwal masyarakat, wanita dan kebajikan rakyat.

Kaum Wanita akan mendapat manfaat daripada beliau yang merupakan penggerak kepimpinan wanita yang akan menjadi sebahagian pasukan utama DSAI diperingkat pusat dalam melestarikan peranan wanita. Suara beliau amat diperlukan diparlimen bagi mengangkat isu pelbagai kaum, bangsa dan agama. Dr. Hafdzah tidak akan mengecewakan rakyat!

……..

Penulis merupakan Fellow Islamic Academy of Science, yang berpengkalan di Jordan. Penulisan ini merupakan pendapat dan pandangan penulis dan bukan melambangkan pendirian akademi.