Dr Halim Yusuf mudahkan laluan AMANAH di Kubang Kerian

Dr Halim Yusuf mudahkan laluan AMANAH di Kubang Kerian

Pencalonan Dr Abdul Halim Yusof di Parlimen Kubang Kerian satu bonus untuk AMANAH.

Pengumuman bekas pensyarah kanan kampus kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) jelas memberikan AMANAH kelebihan besar.
.
Beliau yang mesra dikenali “Dr Halim” dilahirkan di Kampung Lubok Kuin Gunong, Bachok pada tahun 1960 anak kepada seorang guru Al-Quran Haji Yusof..

Beliau memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris di Bachok pada tahun 1967 hingga 1972.
.
Beliau dipilih melanjutkan persekolahan di Sekolah Berasrama Penuh Sekolah Menengah Sains Kelantan (sekarang ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Faris Petra) Pengkalan Chepa pada tahun 1973 hingga 1977.

Setelah memperolehi keputusan antara pelajar terbaik negeri, beliau menerima tawaran biasiswa JPA melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti Ains Shams, Kaherah, Mesir pada tahun 1978.

Di Mesir, beliau berkesempatan mendalami Ilmu Syariah dan Bahasa Arab di samping ilmu perubatan.

Setelah menerima ijazah perubatan MBBcH beliau kembali ke tanah air pada tahun 1986 dan berkhidmat di Hospital Kuala Lumpur bagi menjalani latihan housemanship sebelum pulang ke Kelantan pada tahun 1988.
.
Beliau meneruskan pengajian beliau di dalam kepakaran Sarjana Pembedahan Otopedik di Universiti Sains Malaysia pada tahun 1995 dan sub kepakaran pembedahan tulang belakang di Adelaide Australia pada tahun 2000. Seterusnya di Chicago Amerika Syarikat pada tahun 2001.

Abdullah Zawawi Abdul Wahab

Pada tahun 2008 beliau menjalani latihan pengkhususan pembedahan tulang belakang secara endoskop di Kolhapur India dan latihan lanjut di Bordeaux, Perancis pada tahun 2010.

“Latar belakang ini sudah cukup untuk menjadikan calon sukar ditandingi sesiapa pun yang bakal melawan beliau,” kata Ketua Pemuda AMANAH Kubang Kerian, Abdullah Zawawi

Beliau berkhidmat di sektor awam memberi rawatan kepada penduduk setempat dan berulang kali menolak tawaran untuk berhijrah bekerja di hospital swasta walaupun dijanjikan gaji yang lebih lumayan.

Setelah 30 tahun berkhidmat, beliau mengambil persaraan awal pada bulan November 2017
.
Dr Halim berumah tangga dengan Puan Rohani Hasan dan telah dikurniakan 5 orang anak dan 7 orang cucu.

Menurut Abdullah, selain dikenali sebagai seorang pakar perubatan, beliau turut terkenal sebagai pemimpin Islam.

“Sebagai seorang bekas pelajar timur tengah beliau giat bekerja di bidang aktivisme Islam.

“Selain mengubati pesakit, beliau pemimpin besar kerja-kerja membantu bencana.

“Juga kerja-kerja dakwah Islam melalui beberapa NGO yang disertai beliau,” katanya.

8.5
OVERALL SCORE
: 9.0
1 user vote x 8.0
CATEGORIES
TAGS