Dr Halimah sangkal calon PH dapat sokongan pengundi senyap Pas

Dr Halimah sangkal calon PH dapat sokongan pengundi senyap Pas

Calon Pas bagi pilihan Raya Kecil (PRK) Seri Setia, Dr Halimah Ali, menyangkal dakwaan calon lawannya dari Pakatan Harapan (PH) Halimey Abu Bakar bahawa beliau mendapat sokongan daripada penyokong senyap Pas di kawasan itu.

Dr Halimah berkata ini mungkin berlaku sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14) tetapi oleh kerana PH sekarang menjadi kerajaan persekutuan dan kebanyakan kerajaan negeri, ini tidak lagi berlaku.

“Beliau (Halimey) tidak faham bahawa selepas PH mengamblih kuasa kuasa di peringkat negeri dan persekutuan, apa yang dikatakan pengundi senyap juga telah bangkit,” kata beliau kepada pemberita selepas mengagihkan daging korban kepada penduduk di Projek Perumahan Rakyat Lembah Subang semalam, dilapor Bernama.

Beliau merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Halimey pada Rabu, bahawa beliau yakin memperoleh sokongan daripada sesetengah penyokong senyap Pas di kawasan Seri Setia.

Sementara itu, Dr Halimah berkata pilihan raya kecil merupakan peluang terbaik bagi pengundi untuk mengingatkan gabungan PH mengenai janji pilihan raya dan obligasinya.

PRK Seri Setia pada 8 September diadakan kematian penyandang kerusi kawasan itu Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos kerana kanser usus.

Pilihan raya kecil itu diadakan serentak dengan pilihan raya kecil di Balakong. Selangor menyaksikan tiga pilihan raya kecil sejak PRU14 dengan pilihan raya kecil yang pertama di Sungai Kandis diadakan pada 4 Ogos.

Pilihan raya kecil Seri Setia merupakan pertandingan satu lawan satu antara Halimey, bekas anggota Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Dr Halimah, bekas Exco kerajaan negeri Selangor dan bekas anggota dewan undangan negeri (Adun) bagi Selat Klang.

COMMENTS

Wordpress (0)