Malaysia Dateline

Dr Hatta Ramli kekal terajui AMANAH Wilayah Persekutuan

Keputusan pemilihan AMANAH Wilayah Persekutuan yang berlangsung semalam menyaksikan Pengerusinya, Datuk Wira Dr Mohd Hatta Md Ramli kekal memegang jawatan tersebut sehingga 2022.

Jawatan Timbalan Pengerusi pula disandang oleh Ketua AMANAH Cawangan Titiwangsa, Zaharudin Othman, manakala Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi sebagai Naib Pengerusi 1 dan Nik Razak Nik Ridzuan sebagai Naib Pengerusi 2.

Selain itu, seramai 13 ahli jawatankuasa yang lain juga turut dipilih dalam konvensyen kali keempat yang diadakan di Dewan Rumah Kelab Alumni Universiti Malaysia.

Konvensyen Tahunan AMANAH Wilayah Persekutuan dirasmikan oleh Naib Presiden AMANAH yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar.

Hadir sama dalam konvensyen di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (UM) di ibu negara itu ialah pemimpin-pemimpin komponen Pakatan Harapan (PH) peringkat Wilayah Persekutuan.