Dr Mahathir berbuka puasa bersama Anwar dan isteri masing-masing

Dr Mahathir dan Anwar berbuka puasa dengan disertai isteri masing-masing malam tadi.

Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berbuka puasa dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali malam tadi.

Majlis itu berlangsung di rumah Dr Mahathir di The Mines, Sri Kembangan yang melibatkan mereka berempat sahaja.

Anwar terpaksa membatalkan majlis berbuka puasa beliau di Melaka bagi menyertai jemputan Dr Mahathir ini.

Beliau sepatutnya berbuka dengan Gabenor dan Ketua Menteri Melaka malam tadi.

Lebih daripada 14K dilihat dengan 1001 perkongsian selepas gambar pemimpin utama Pakatan Harapan itu dimuat naik di laman facebook Anwar Ibrahim.

Kebanyakan komen yang diterima begitu positif mahu melihat semula hubungan baik dua pemimpin negara berterusan untuk bersama membina Malaysia baharu.

Antaranya Sunny Dave Bhandal yang berkata beliau berbangga melihat Dr Mahathir dan Anwar sebagai pemimpin Melayu Islam yang berbaik-baik demi negara dan rakyat.

” Saya sebagai non muslim sangat berbangga dan teruja dengan Pemimpin Melayu Islam seperti Tun M and DSAI berbaik-baik, berdamai demi Negara dan Rakyat. Lupakan Sejarah dulu dan berganding bahu membina Negara tercinta semula. Terima Kasih Tun M and DSAI,” ujarnya.

Bagi Yeow Yuen Mei pula berkata, foto yang dimuat naik itu antara salah satu daripada sejarah.

“Apapbila saya lihat gambar ini, saya rasakan ini satu lagi sejarah tercipta. Saya fikir rakyat tidak pernah terfikir mereka boleh duduk makan malam bersama. Terasa disyukuri Malaysia mempunyai pemimpin seperti mereka untuk menerajui negara,” ujarnya.

Bagi Khairul Anwar pula berpendapapt negara ini tidak lagi diperintah oleh seorang diktator.

” Orang yang baik pasti mudah melupakan kisah lalu tiada perasaan dendam boleh buka buku baru walaupun dulu mereka tak sependapat.Ini masa kerajaan baru yang bertindak satu team menentukan hala tuju bersama sama not era secara ditaktator lagi,” ujarnya.

 

8.9
OVERALL SCORE
: 10.0
8 user votes x 8.8