Malaysia Dateline

Dr Mahathir dibenar keluar IJN beberapa hari lagi

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selesai menjalani prosedur perubatan elektif semalam.

Beliau dijangka dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara dalam masa terdekat menurut kenyataan akhbar IJN.

“Prosedur itu berjalan lancar dan berjalan seperti yang dirancang. Tun Dr Mahathir Mohammad kini dalam keadaan sihat.

“Beliau sudah sedar sepenuhnya dan bersemangat tinggi. Berdasarkan perkembangan klinikal semasanya, beliau dijangka dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara dalam beberapa hari lagi,” kata kenyataan itu.

Berikutan prosedur operasi standard (SOP), tiada pelawat dibenarkan melawat Tun Mahathir di IJN.

Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah turut merakamkan ucapan terima kasih atas segala ucapan selamat, kebimbangan dan doa daripada orang ramai, kata kenyataan itu.