Dr Mahathir dibenar keluar IJN hari ini

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini, selepas menjalani rawatan jangkitan dada.

Jabatan Komunikasi Korporat IJN dalam kenyataannya hari ini menyatakan Dr Mahathir dibenarkan keluar pada 4.30 petang tadi dan akan meneruskan rawatan fisioterapi di kediamannya.

Dr Mahathir, 91, dimasukkan ke IJN untuk rawatan itu pada 9 Ogos lepas. Pada 1989, beliau mengalami masalah jantung dan menjalani pembedahan pintasan jantung di IJN. Dr Mahathir menjalani pembedahan pintasan jantung kedua pada 2007.

Pada 2013, beliau dimasukkan ke IJN selama 10 hari untuk rawatan jangkitan dada.

COMMENTS

Wordpress (0)