Malaysia Dateline

Dr Mahathir kini stabil

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) sejak dua hari lalu kini dilaporkan stabil.

Anak perempuan beliau, Datin Paduka Marina Mahathir memaklumkan, Dr Mahathir dirawat di IJN susulan prosedur elektif yang berjaya dilaksanakan pada 8 Januari 2022.

“Keadaan beliau kini stabil dan memberi respon yang baik kepada rawatan tersebut.

“Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta keluarga memohon agar rakyat mendoakan supaya beliau segera sembuh sepenuhnya,” katanya.

Terdahulu, jurucakap pejabat Dr Mahathir mengesahkan bekas Perdana Menteri itu dirawat di Unit Penjagaan Koronari (CCU), IJN