Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Dr Mahathir mahu Umno, Pas nyatakan sokongan

Dr Mahathir mahu Umno, Pas nyatakan sokongan

Oleh MALAYSIA DATELINEFebruary 6, 2020 8:30 pm




Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu sokongan dan kesediaan Umno dan Pas untuk bekerjasama dengannya, diterjemahkan ketika di Parlimen.

Perdana Menteri dalam nada berseloroh berkata, sokongan mana-mana pihak membuatnya seperti ‘melayang-layang’ (floating).

Kata Ahli Parlimen Langkawi tersebut, beliau memberitahu pemimpin kedua-dua parti pembangkang itu bahawa mereka boleh menyokongnya.

“Namun (sokongan) di Parlimen…ketika kita melakukan sesuatu yang baik, saya rasa mereka seharusnya menyokong.

“Bukan hanya menolak dengan membuta tuli,” katanya apabila diminta mengulas mengenai kesediaan Umno dan Pas yang dikatakan mahu membentuk bekerjasama dengan parti pimpinannya.

Isu kerjasama Umno dan Pas dengan Dr Mahathir timbul selepas pendedahan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Adam, mengenai apa yang dikatakan perancangan parti itu untuk bekerjasama dalam membentuk satu pakatan baharu.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Terkini

Hebat Muhyiddin hanya 13 kerusi PN mampu takluk Johor

COVID-19: Kes baharu terus melonjak terkini 4,008 kes

Pakej Permai: Kerajaan patut jadikan kos ujian saringan Covid-19 mampu milik

PN gagal lonjakkan ekonomi negara

Pengguna tak puas hati KPDNHEP cuba nafi harga minyak masak naik

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production