Dr Mahathir masuk IJN lagi

Oleh KIM SYAZIE

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

Jurucakap bekas Perdana Menteri ketika ditemui media menjawab ringkas bahawa Mahathir sedang berada dalam Unit Rawatan Koronari (CCU).

Pengamal media ketika ini masih berkampung di pekarangan IJN sejak pukul 1 petang tadi bagi mengikuti perkembangan kesihatan Ahli Parlimen Langkawi itu yang dikatakan semakin merosot dan dalam keadaan membimbangkan.

IJN memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan media berhubung perkembangan Tun Mahathir.