Dr Mahathir sahkan ada pertukaran portfolio beberapa menteri

Oleh ARIF ATAN

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan wujud perbincangan yang hanya membabitkan pertukaran portfolio beberapa menteri bukannya rombakan Kabinet.

“Mungkin ada tukar sikit portfolio. Tapi belum ada. Tapi tiada rombakan Kabinet.

“Itu pun saya belum lakukan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pertemuan Pegawai Kerajaan Bersama Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menolak spekulasi bahawa bekas pemimpin kanan Umno Mustapa Mohamad bakal menganggotai kabinet.

“Tak ada. Tak ada rombakan (Kabinet). Tak ada menteri baru,” jelasnya.

Ditanya bila pertukaran portfolio beberapa menteri itu akan diputuskan, beliau berkata, butiran tentang hal tersebut akan diberitahu pada masa lain.

“Kalau nak buat, saya bagi tahun (nanti),” jawabnya lagi.