Malaysia Dateline

Dr Mahathir tiba di Istana menghadap Agong

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Istana Negara pada jam 1.58 petang Khamis.

Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menjadi pemimpin politik ketiga yang hadir menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Beliau dilihat memasuki pintu 2 istana sebentar tadi dengan menaiki Proton X70.

Selepas Dr Mahathir, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dijangka tiba di Istana Negara menghadap Seri Paduka.

Pagi tadi, dua pemimpin kerajaan selesai menghadap Seri Paduka iaitu Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.