Dr MAZA cadang adakan segera debat Zakir Naik dengan Ramasamy

Dr MAZA cadang adakan segera debat Zakir Naik dengan Ramasamy

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr MAZA) mencadangkan satu debat antara pendakwah muslim Dr Zakir Naik dengan tokoh DAP Dr Ramasamy dibuat segera.

Menulis di Facebooknya, Dr Asri berkata platform itu wajar diadakan atas semangat Malaysia Baharu yang terbuka dan telus dalam membuat penilaian secara matang dan ilmiah.

Beliau turut mencadangkan “Who is the real terrorist?” sebagai tajuk debat kedua-dua tokoh itu.

Beliau berkata, debat ini hendaklah dibuat secara terbuka yang dapat disaksikan oleh setiap lapisan rakyat.

“Siaran langsung media hendaklah diberikan ruang. Biar rakyat menjadi saksi tentang polemik ini,” ujarnya.

Tambahnya, jika benar DAP mementingkan kebebasan bersuara, nilai intelektual dan hak rakyat menilai kebenaran, mereka wajar menyahut cadangan ini.

“Jika enggan, maka nyata isu ini hanya sikap permusuhan antara mereka dan umat Islam semata,” katanya.

Berdasarkan desakan mereka, maka beliau cadangkan sesiapa yang jelas tewas dalam debat mungkin boleh dihantar pulang ke India seperti yang menjadi hasrat mereka.

“Salah seorang akan pulang ke sana. Mohon semua pihak khususnya rakyat awam membantu menggesa debat ini diadakan dengan segera,” katanya.

Dr Zakir Naik merupakan pendakwah muslim dan juga individu yang dikehendaki oleh Kerajaan India manakala Dr Ramasamy adalah tokoh DAP atau individu yang dikaitkan dengan pertubuhan pengganas Tamil antarabangsa.

7.5
OVERALL SCORE
3 user votes x 10.0
CATEGORIES