Dr Mohammed dilantik penasihat ekonomi PM berkuatkuasa 27 Ogos

Dr Mohammed dilantik penasihat ekonomi PM berkuatkuasa 27 Ogos

Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan Pengarah Urusan dan Ketua Ekonomi DM Analytics Malaysia, Dr. Muhammed Abdul Khalid dilantik sebagai Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri berkuatkuasa 27 Ogos ini.

Di dalam kenyataannya, Dr. Muhammed merupakan pakar ekonomi yang berpengalaman selama lebih 20 tahun di dalam sektor ekonomi dan kewangan.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Penyelidikan di Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), Ketua Ekonomi di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Penganalisa Kanan di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS) Malaysia.

Beliau pernah memegang jawatan sebagai Penasihat Teknikal Kanan di Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) Malaysia dan Ketua Sekretariat, Majlis Penasihat Kerajaan atau Council of Eminent Persons (CEP).

Beliau juga pernah menjadi perunding untuk Bank Dunia, Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu untuk Asia dan Pasifik (UNESCAP).

Dr. Muhammed merupakan pemegang Ijazah Sarjana Kedoktoran (PhD) (magna cum laude) daripada Institut d’études Politiques de Paris, (SciencesPo Paris), Perancis.

Beliau juga memegang Ijazah Sarjana dalam bidang Ekonomi daripada Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Muda Sains daripada Universiti Southern California, Los Angeles.

 

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
1 user vote x 8.0
CATEGORIES
TAGS