Malaysia Dateline

Dr Mujahid tetap turun padang bantu mangsa kebakaran

Walaupun sibuk dengan pelbagai tanggungjawab ia tidak menghalang Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof untuk terus turun padang menjenguk dengan lebih dekat mereka yang ditimpa musibah khususnya dalam kawasan yang diwakili beliau.

Terkini, beliau segera turun padang ke Pekan Kuala Kurau untuk menemui mangsa kebakaran di Simpang 3, Kuala Kurau yang telah terlibat dalam kebakaran pada minggu lalu sehingga memusnahkan tujuh buah kedai termasuk Pusat Komuniti AMANAH Kuala Kurau.

Sehubungan itu Mujahid mengambil inisiatif segera dengan menyampaikan sumbangan dan bantuan kepada mangsa terlibat bagi meringankan beban yang mereka hadapi ekoran musibah tersebut.

Malah beliau turut merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh anggota penyelamat serta mereka yang telah sama-sama bertungkus lumus membantu memadamkan kebakaran pada hari insiden terbabit.