Malaysia Dateline

Dr Raja Iskandar Al Hiss meninggal dunia

Pengerusi Ngo Serantau Muslim Dr Raja Iskandar Al Hiss meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Ipoh akibat penyakit barah usus yang dihidap sejak dua tahun lalu.

Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira pukul 2.00 pagi tadi di samping keluarganya.

Allahyarham yang mesra dipanggil Ku Is merupakan mantan Naib Ketua Pemuda Pas Pusat difahamkan akan dibedah petang semalam bagaimanapun pembedahan tidak sempat dilakukan kerana kondisi beliau agak menggusarkan.

Semalam, Timbalan Presiden AMANAH Datuk Salahuddin Ayub dan Naib Presiden AMANAH Datuk Mahfuz Omar sempat meluangkan masa menziarahi beliau.

Raja Iskandar merupakan Pensyarah di Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan juga mantan Setiausaha Politik Mahfuz Omar semasa Ketua Pemuda dan mantan Penolong Setiausaha Agung Pas.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan lima orang anak.

Jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid Ubudiah dan dikebumikan di Makam di Raja Kuala Kangsar pada jam 11 pagi ini.