Dr Rani hadiri iftar atas jemputan MB bukan layan PAN, jelas Nasrudin

Dr Rani hadiri iftar atas jemputan MB bukan layan PAN, jelas Nasrudin

Kehadiran calon Pas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Dr Abdul Rani Osman ke majlis berbuka puasa anjuran Amanah semalam adalah memenuhi undangan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Itu reaksi Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan ketika diminta mengulas kedatangan Adun Meru itu yang mengejutkan banyak pihak.

Masih memanggil Amanah sebagai “PAN”, Nasrudin ketika dihubungi Malaysia Dateline pagi ini memberitahu calon Pas akan menyantuni semua pihak.

“Beliau pergi bukan untuk menyokong calon PAN tetapi memenuhi undangan MB (Menteri Besar) Negeri Selangor.

“Perkara biasa dalam suasana pilihanraya.  Pilihanraya bukan peperangan persenjataan. Pilihanraya adalah saingan memilih pemimpin,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Nasrudin berkata, rakyat boleh menilai kewibawaan dan sikap cakna calon Pas.

“Saya percaya rakyat senang dengan apa yang berlaku.  Meskipun ada suara negatif, saya juga percaya tidak menggugat pendirian calon Pas,” tambahnya lagi.

COMMENTS

Wordpress (0)