Dr Rani silap tempat, lawan tetap lawan, kata Ng Suee Lim

Dr Rani silap tempat, lawan tetap lawan, kata Ng Suee Lim

Biarpun mengakui berkawan rapat dengan calon Pas Dr. Abdul Rani Osman dan sama-sama dalam "Geng 52" - merujuk kepada ketinggian lima kaki dua inci - namun Adun DAP Ng Swee Lim berkata itu tidak menghalangnya berkempen untuk memenangkan calon Amanah di Sungai Besar.

 

Biarpun mengakui berkawan rapat dengan calon Pas Dr. Abdul Rani Osman dan sama-sama dalam “Geng 52” – merujuk kepada ketinggian lima kaki dua inci – namun Adun DAP Ng Swee Lim berkata itu tidak menghalangnya berkempen untuk memenangkan calon Amanah di Sungai Besar.

Menurut Adun Sekinchan itu, Abdul Rani tersalah tempat apabila masih bersama Pas dan menjadi calon bagi parti yang telah keluar daripada pakatan pembangkang.

“Malam ini saya nak beritahu Dr Rani. Dia memang kawan baik saya. Tapi saya nak beritahu kawan tetap kawan, tetapi  lawan tetap lawan.

“Kamu salah tempat. Jika datang kepada parti Amanah Negara kami akan tolong kamu habis-habisan. Tapi barang siapa bersekonggkol dengan kezaliman kita akan lawan habis-habisan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pengisytiharan Calon Pakatan Harapan bagi PRK Sungai Besar di Dewan Sri Sekinchan malam tadi.

Ia sebagai reaksi kepada Abdul Rani sebelum ini yang mahu Ng Swee Lim menyokong dan membantunya untuk berkempen.

Abdul Rani ketika bercakap kepada lidah rasmi Pas, harakahdaily berkata beliau sangat berharap Adun Sekinchan itu menolongnya kerana mereka berdua merupakan kawan rapat.

“Saya kagum dengan kemahiran beliau yang boleh menghafal maksud firman Allah ketika berucap dalam sidang Dewan Negeri,” kata Dr Rani sebagaimana dipetik Harakahdaily.

Sementara itu, Pengerusi Amanah Sungai Besar Azhar Abdul Shukur diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan bagi PRK Sungai Besar.

Turut hadir pada majlis itu, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Presiden PKR Datuk Seri De Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Setiausaha PKR Rafizi Ramli dan Ketua Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah.

TAGS