Malaysia Dateline

Dr Roslan Ahmad pengerusi baharu AMANAH Pulau Pinang

Dr Roslan Ahmad,Pengerusi Baru AMANAH Negeri Pulau Pinang(dua dari kanan) bersama pimpinan baru yang dipilih dalam Konvensyen AMANAH Pulau Pinang.

Dr Roslan Ahmad

Dr Roslan Ahmad, dari AMANAH kawasan Nibong Tebal telah dipilih sebagai Pengerusi b aru AMANAH Negeri Pulau Pinang bagi menerajui kepimpinan negeri bersama-sama dengan Mohammed Yusof Mohd Noor dari AMANAH kawasan Tanjung sebagai Timbalan Pengerusi yang baharu.

Manakala bagi jawatan Naib Pengerusi 1 pula ialah Ahmad Fahmi Abu Bakar dari AMANAH kawasan Tasek Gelugor.

Sementara itu Ketua AMANAH kawasan Permatang Pauh, Dr Zaidi Zakaria telah dipilih sebagai Naib Pengerusi II pada pemilihan kali ini.

Adun Permatang Pasir, Faiz Fadzil juga berjaya dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa AMANAH Negeri Pulau Pinang dalam pemilihan yang telah diadakan semalam.

Setiausaha Politik kepada Menteri Pertahanan, Mohd Azhar Md Dali juga berjaya dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa AMANAH negeri pada kali ini.

Sebelum itu majlis perasmian Konvensyen telah dirasmikan oleh Presiden parti, Mohamad Sabu di Olive Tree Hotel, Bayan Baru semalam.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah pimpinan komponen Pakatan Harapan (PH) yang terdiri dari PKR, DAP dan juga Bersatu.