Dr Sahruddin akan bina ‘pasukan’ baru untuk tadbir kerajaan negeri Johor

Dr Sahruddin  akan  bina ‘pasukan’ baru untuk tadbir kerajaan negeri Johor
Sidang media Menteri Besar baharu Johor yang diadakan di Ibu Pejabat Bersatu di Johor Bahru, hari ini.

Menteri Besar baharu Dr Sahruddin Jamal mahu merombak Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang baharu untuk menjadi ‘pasukannnya’ bersama dalam mentadbir kerajaan negeri Johor.

Beliau berkata, mempunyai 14 hari untuk membuat temujanji dan menentukan tentang siapa yang akan dilantik ke jawatan itu.

Pada masa ini, terdapat 10 exco, termasuk empat dari DAP dan dua dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dr Sahruddin, yang sebelum ini memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian, berkata Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mahu beliau menjalankan tugasnya sebagai pemimpin yang boleh dipercayai.

Dr Shahruddin yang juga Adun Bukit Kepong berkata, beliau akan meneruskan segala agenda pembangunan Johor seperti mana yang dirancangkan sebelum ini.

“Mengenai soal portfolio, memang apabila terjadi perubahan pucuk pimpinan, akan ada perubahan portfolio di mana Tok Man (Menteri Besar terdahulu Datuk Osman Sapian) akan ada team dia, saya ada team saya.

“Jadi saya akan pilih barisan ahli yang saya selesa bekerja dengan YB-YB itu, dan pastikan yang lebih penting bagaimana kita dapat membantu masyarakat menikmati segala kemudahan apa yang kita rancangkan sebelum ini,” katanya lagi.

Beliau bercakap demikian kepada pemberita semasa sidang akhbar khas selepas majlis mengangkat sumpah di Istana Bukit Serene pagi tadi.

Turut hadir bekas menteri besar Johor Datuk Osman Sapian.

Pelantikan beliau sebagai menteri besar ke-17 susulan peletakkan jawatan oleh bekas Menteri Besar Datuk Osman Sapian pada 8 April lepas.