Dr Samsuri menerima anugerah SSMZ dari Sultan Terengganu hari ini

Dr Samsuri menerima anugerah SSMZ dari Sultan Terengganu hari ini
Datuk Dr Samsuri Mokhtar ketika sembah terima pingat Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin yang membawa gelaran Datuk Seri dalam upacara penyerahan pingat kebesaran negeri Terengganu hari ini.

Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kini bergelar Datuk Seri selepas menerima anugerah Seri Setia  Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (SSMZ) hari ini.

Speaker Dun Terengganu Yahaya Ali kini bergelar Datuk selepas menerima anugerah Datuk Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) hari ini.

Kedua-dua mereka menerima anugerah itu daripada  Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Sultan Terengganu dalam majlis khas hari ini.