Malaysia Dateline

Dr Siti Mariah menang saman fitnah

Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini menolak saman fitnah oleh seorang individu bernama Samad Kassim terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Serdang Dr Siti Mariah Mahmud.

Hakim Mahkamah Seysen Datuk Ishak Bakri dalam prosiding itu turut memerintahkan plaintif membayar kos sebanyak RM10,000 kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita Dan Keluarga Selangor itu.

Menurut peguam yang mewakili Dr Mariah, Noorazmir Zakaria dan Mohd Fikah Sanusi, perbicaraan yang berlansung selama 7 hari itu mengemukakan 8 saksi untuk memberikan keterangan sepanjang perbicaraan tersebut yang berakhir hari ini.