Dr Surin Pitsuwan meninggal dunia

Dr Surin Pitsuwan meninggal dunia

Bekas Setiausaha Sekretriat Asian Dr Surin Pitsuwan dilaporkan meninggal dunia hari ini kerana serangan jantung.

Bangkok Post melaporkan Dr Surin,68, menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah hospital di Thailand setelah pengsan ketika dalam persiapan untuk menghadiri Perhimpunan Halal Thailand 2017, Bitec di Bang Na.

Allahyarham telah dibawa ke Hospital Ramkhamhaeng dan kemudian disahkan meninggal dunia.

Dr Surin atau nama sebenarnya  Abdul Halim Ismail juga adalah bekas menteri luar Thailand.

Dr Surin adalah graduan dari Universiti Harvard dan pernah dilantik sebagai penyarah di Universiti Oxford serta pernah menjadi Felo Tun Abdul Razak.

Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah pondok Bantan, di wilayah Nakhon Sithammarat yang diasaskan datuknya Tuan Guru Haji Yaakob Abdul Rauf, seorang ulama yang mendapat pendidikan di Patani dan Makkah.

CATEGORIES