Dr Zakir kesal dan sedih ceramahnya di Melaka dibatalkan

Dr Zakir kesal dan sedih ceramahnya di Melaka dibatalkan

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Dr Zakir Naik melahirkan rasa kesal apabila ceramahnya di Melaka pada Ahad ini, diarahkan batal oleh pihak berkuasa atas alasan keselamatan.

Beliau juga rasa kesal atas sikap sebilangan orang Islam yang begitu mudah melabel dan menuduh saudara seagama sebagai kafir.

“Saya sedih melihat keadaan seperti ini, sangat banyak berlaku dalam kalangan umat Islam. Ada orang Islam dengan mudah tuduh saudara seagama sebagai kafir hanya kerana berbeza pendapat atau tidak sehaluan,” katanya seperti dipetik Sinarharian Online hari ini.

Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di dalam twitternya tidak membenarkan ceramah membabitkan pendakwah perbandingan agama Dr Zakir Naik di negara ini diteruskan berdasarkan ketenteraman awam dan sensitiviti masyarakat berbilang agama.

Ceramah Dr Zakir dengan tajuk “Similarities Between Hinduism and Islam” dijangka akan berlansung pada 17 April ini di Universiti Teknikal Melaka (UTeM) terpaksa dibatalkan.

Menurut pendakwah yang berasal dari India itu, masalah besar bagi umat Islam ialah mereka cenderung untuk memperbesarkan perbezaan walaupun hanya melibatkan isu-isu yang kecil atau remeh.

“Perbezaan apabila diperbesarkan, akan membawa kepada perbalahan. Akhirnya berlaku perpecahan dalam masyarakat, dan inilah yang melemahkan kita, umat Islam.

“Apa yang membuatkan saya berasa sedih dan risau adalah apabila melihat perpecahan dalam kalangan orang Islam semakin membimbangkan mutakhir ini,” katanya ketika menyampaikan ceramah bertajuk The Importance of Unity Among The Muslim Ummah di Kemaman kelmarin.

Ceramah itu diadakan sempena Program Jelajah Terengganu di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak dan turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman serta pemimpin-pemimpin negeri lain.

Lebih 30,000 orang menghadiri ceramah disampaikan tokoh perbandingan agama yang terkenal di seluruh dunia itu.

Selain program tersebut, Zakir menyampaikan syarahan bertajuk Islam The Solution For Humanity di Masjid Pusat Islam Sultan Mahmud, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) semalam dan hari ini di Sekolah Menengah Imtiaz Besut dengan ceramah bertajuk Does God Exist?

Syarahan terakhir beliau di negeri ini adalah di Padang Astaka, Kemaman dengan tajuk syarahan Muslim Choice-Dakwah or Destruction pada Khamis ini.

TAGS