Dr Zakir lahirkan pendakwah perbandingan agama di Malaysia

Dr Zakir lahirkan pendakwah perbandingan agama di Malaysia

 Dr Zakir Naik dalam perancangan melahirkan lebih ramai pendakwah perbandingan agama di seluruh dunia dan menerbitkan rancangan realiti televisyen ‘International Daie Training Programme’ (IDTP) melalui Peace TV di 200 buah negara seluruh dunia, kata Pengarah Program Hidayah Centre Abu Shariz Badr Sarajun Hoda.

 

Abu Shariz bergambar kenangan dengan sebahagian daripada protege dari beberapa buah negara yang menyertai IDTP.

Dr Zakir Naik dalam perancangan melahirkan lebih ramai pendakwah perbandingan agama  dan menerbitkan rancangan realiti televisyen ‘International Daie Training Programme’ (IDTP) melalui Peace TV di 200 buah negara seluruh dunia, kata Pengarah Program Hidayah Centre Abu Shariz Badr Sarajun Hoda.

Ia adalah satu projek jangka panjang dalam usaha untuk menyebarkan agama Islam di seluruh pelusuk negara dunia, melalui pendakwah  yang terlatih, menjadikan dikalangan mereka berkemahiran dipentas syarahan dan perdebatan.

Amat bertuah bagi pendakwah negara seperti Abu Shariz Sarajun Hoda dan lima lagi pendakwah  antaranya Kamaruddin Abdullah, Shafiq Apandi, Firdaus Wong Wai Hung, Zamry Vinot dan Azran Chan yang turut terpilih sebahagian daripada protege kerana program 400 episod ini dirancang untuk disiarkan selama 70 tahun di Peace TV.

Abu Shariz ketika menyampaikan ceramahnya dalam program IDTP.Dalam program ini seramai 20 pendakwah dari seluruh dunia terpilih menjalani rakaman IDTP yang bermula pada 14 Januari hingga 1 Mac di India sebelum Zakir dijemput datang ke Malaysia oleh kerajaan negeri Terengganu pada 10 April lalu, yang  menimbulkan polimik di kalangan masyarat bukan Islam di negara ini.

Abu Shariz ketika ditemui Malaysia Dateline menceritakan sedikit pengalamannya selama 61 hari menjalani latihan dan rakaman dalam program IDTP.

Abu Shariz berkata, dalam IDTP,  Zakir sudah menyediakan sejumlah 103 soalan dan jawaban untuk dihafal oleh 20 protege yang terpilih dari seluruh dunia.

“Kebanyakan soalan-soalan yang disediakan beliau adalah soalan lazim yang sering ditanya oleh sebahagian masyarakat Islam dan bukan Islam termasuklah di kalangan mubaligh.

“Beliau telah menyediakan 103 soalan dan jawabannya daripada hasil kajian yang dilakukan. Beliau menjawab mengunakan sumber al-Quran dan hadis, dikaitkan dengan sains, menyediakan statistik lengkap, perbandingan antara agama-agama lain, dari segi logiknya dan cara persembahan untuk menarik audien mendengar dan memahami syarahan yang ingin disampaikan dalam kerja dakwah kepada protege.

“Segala hujahan beliau begitu tersusun untuk memberikan kefahaman kepada masyarakat Islam dan bukan Islam di seluruh dunia dalam pelbagai bahasa.

“Bukan mudah untuk beliau melahirkan dan melatih pendakwah seperti diri beliau. Ini kerana berjuta orang di dunia ini mahu menjadi pendakwah sebab itu rancangan realiti televisyen ini dibuat menonjolkan bagaimana seorang itu mahu menjadi pendakwah yang berjaya di dalam dan luar negara,” ujarnya yang turut meminati kerja dakwah Allahyarham Ahmad Deedad.

Menurut Abu Shariz lagi rakaman sebanyak 400 episod itu sangat memenuhi standard tersendiri dalam dunia produksi yang menelan belanja lebih RM10juta yang diusahakan oleh orang Islam seperti  Zakir. 

“ Untuk ditayang berulang kali di Peace TV disiar untuk 200 buah negara dan ditonton 200juta orang seluruh dunia sudah tentu  teknologi  dan peralatan produksinya jauh lebih efisien dan terkini, agar ia boleh ditonton untuk tempoh 70 tahun akan datang dan tidak kelihatan lapuk dek zaman.

“Ia sebuah produksi yang hebat dilakukan oleh orang Islam untuk tujuan dakwah yang memenuhi standard antarabangsa,” ujar anak kelahiran Pulau Pinang ini.

Dijangkakan program ini juga akan dialih bahasa ke Bahasa Melayu dan Indonesia apabila Peace TV yang mempunyai lapan siaran ini memasuki negara-negara di Asia kelak.

Dr Zakir ketika menyampaikan ceramah dapat menarik lebih 20,000 penonton di Stadium Hoki Bukit Jalil.Ceramah Dr Zakir di  Stadium Hoki Bukit Jalil satu cabaran buat protege

Ibarat kecil tapak tangan nyiru ditadahkan itulah ungkapan yang sesuai untuk digambarkan kegembiraan Abu Shahriz apabila beliau ditawarkan untuk meneruskan siri jelajah ceramah Dr Zakir Presiden dan Pengasas Islamic Research Foundation (IRF) ini yang berpusat di Mumbai, India selepas berakhir jemputan ceramah di Terengganu.

“Apabila tamat program rakan-rakan lain kembali ke Malaysia tetapi saya masih lagi tinggal di Mumbai untuk berjalan-jalan di utara India.

“Pada masa itu beliau menelefon saya mengatakan beliau dijemput berceramah oleh kerajaan negeri Terengganu untuk bagi empat ceramah katanya.

“Lazimnya bila beliau tiba di Malaysia akan ramai orang yang minta beliau berceramah.

“Beliau tanya saya adakah boleh saya anjurkan satu ceramah yang besar. Apabila beliau tawarkan begitu saya terus mengambil cabaran ini bersama protege lain kami bergabung dengan 10 NGO Islam di negara ini.

“ Kami cuma ada masa empat minggu dengan kos RM400,000 untuk menjayakan siri ceramahya  bertajuk ‘Is the Qur’an Gods word?’ di Stadium Hoki Bukit Jalil.

“Kami tiada dana masa itu tetapi kerana niat mahu lakukan kerja dakwah ini kerana Allah swt, alhamdulillah bantuan sampai satu persatu membabitkan beberapa penaja utama antaranya usahawan, menteri dan pihak berkuasa tempatan selain orang perseorangan yang berminat dengan kerja-kerja dakwah untuk menyumbang membantu menjayakan siri jelajajah Dr Zakir di negara ini,” ujar Abu Shariz yang kemudian membawa kepada rentetan beliau dilantik sebagai Pengarah Program Jelajah Zakir Naik 2016.

Baginya ia satu pengalaman berharga untuk dirinya dan rakan-rakan lain serta NGO Islam negara ini.

Dengan peluang penganjuran itu mereka dapat menimba pengalaman mengenai gerak kerja dakwah Zakir yang pernah menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah pada 2013 ini untuk bersama beliau menganjurkan program ceramahnya di Bukit Jalil pada 16 April lalu.

Ceramah Zakir di stadium Bukit Jalil itu menyaksikan empat orang peserta telah terbuka hatinya untuk memeluk Islam.

Mereka adalah Harinder Pal Singh dari India, seorang lelaki tempatan dikenali sebagai Joel, dan dua wanita tempatan iaitu Euroshia dan Michelle, mengucap kalimah syahadah pada sesi soal jawab bersama  Zakir.

Abu Shariz dan beberapa protege Dr Zakir akan mengadakan persidangan di Masjid Negara.Sebelum itu di Terengganu seorang gadis Kristian berusia 19 tahun, Wu Nina Grace yang mengikuti ceramah Zakir dengan rela hati bersetuju mengucap dua kalimah syahadah selepas berpuashati mendengar penjelasan pendakwah tersebut, mengenai konsep ketuhanan dan kenabian Muhammad.

Menurut Abu Shariz lagi dengan pengalaman yang ditimbanya bersama rakan-rakan itu mereka akan mengadakan satu persidangan bertajuk ‘Effective Daie Conference 2016’ yang akan diadakan di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara hari ini (2 Mei 2016), bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang yang akan dirasmikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkiflie Mohamad Al Bakri.

Abu Shariz akan menyampaikan forum bertajuk: “ Rocky Track For Greater Purpose’ pada jam 11 pagi.

 

TAGS