Dr Zakir Naik bertemu Perdana Menteri, Presiden Pas di ibu negara

Dr Zakir Naik bertemu Perdana Menteri, Presiden Pas di ibu negara

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

 

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak mengadakan pertemuan berasingan dengan pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik di ibu negara hari ini.

Pertemuan bersejarah dengan Abdul Hadi yang diadakan disebuah hotel turut disertai Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengarah Pilihan Raya Pas Datuk Mustafa Ali.

Ia bersempena lawatan Dr Zakir ke Malaysia pada 15 hingga 18 April.

Dr Zakir Naik yang berasal dari India  akan menyampaikan ceramah bertajuk “Is the Quran God’s word?”, atau Apakah al-Quran kalam Tuhan, di stadium hoki di Bukit Jalil, Kuala Lumpur petang ini.

Zakir NaikDalam perkembangan lain pendakwah kontroversi yang sedang dalam lawatannya ke Malaysia, Dr Zakir Naik dijemput untuk bersarapan di kediaman Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak pagi tadi.

“Pagi tadi saya telah menjemput Dr Zakir untuk bersarapan pagi,” kata Najib dalam status facebooknya.

Beliau berharap pendakwah terkenal dari India itu dapat menyampaikan mesej ke seluruh dunia bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan kesederhanaan.

“Malaysia juga sentiasa berusaha untuk menggalakkan kesatuan ummah untuk keteguhan bersama,” katanya.

Dr Zakir, 50, berada di negara ini untuk mengadakan siri syarahan agama dan selepas jelajah Terengganu berakhir semalam, beliau akan mengadakan syarahan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, di sini, malam ini.

TAGS