Malaysia Dateline

DSV upah ‘bodyguard’ sebab nak bawa bunga tangan emas RM500k ke majlis kahwin-Tak bawa tas tangan dah selepas ini

Usahawan kosmetik sensasi Datuk Sri Vida (DSV) mengupah ‘bodyguard’ bagi menjaga keselamatannya ekoran beliau membawa bunga tangan emas 916 ke majlis acara besar.

Penampilan beliau mengejutkan ramai apabila pertama kali membawa bunga tangan yang berupa emas 916 bernilai lebih RM500,000 ke majlis kahwin En Amir Uda Holding.

Untuk selepas ini DSV akan membawa bunga tangan emas 916 sebagai ganti tas tangan ke majlis acara besar dan berkonsepkan kemelayuan.

Disebabkan itulah, Vida terpaksa mengupas beberapa pengawal peribadi bagi menjaga keselamatannya. Pun begitu, dia hanya memakai ketika keluar rumah untuk menghadiri majlis dan acara sahaja.

Vida yang sering mengenakan penampilan yang agak pelik sehingga menjadi perhatian ramai, namun kali ini penampilannya yang ‘simple’ dipuji ramai apatah lagi beliau kelihatan semakin kurus.

Pemilik nama Hasmiza Othman berkata, bunga tangan emas itu bernilai RM500,000 dan ia merupakan koleksi terbaharu dimilikinya.

Tambah Vida, pemilihan emas itu adalah disebabkan ia cukup sinonim dengannya selain memberikan sinergi dan aura terhadap dirinya. Disebabkan itulah, ramai sukar melihat DSV memakai aksesori selain emas.

Selain bunga tangan emas, dia yang juga seorang penyanyi dilihat menggayakan rantai dan gelang tangan emas bersaiz besar dengan anggaran keseluruhan RM1 juta.

“Kalau saya pakai barang kemas kecil, memang tak nampak. Jadi, sebab itu kena pakai yang besar saja,”ujarnya.

Menurut Vida, konsep ‘less is more’ pada dirinya sangat berbeza dengan orang lain, di mana dia kena pakai emas bersaiz besar. Biar tak banyak, janji bersaiz besar.

“Macam rantai yang saya selalu pakai harga lebih RM400,000 dan gelang pun lebih RM200,000. Pendek kata, di badan saya saja cecah RM1 juta. Tapi, saya pakai kalau keluar rumah untuk menghadiri acara dan majlis,” terang Vida.