Dua bekas aktivis Pas Perlis terima sijil keahlian AMANAH

Dua bekas aktivis Pas Perlis terima sijil keahlian AMANAH
Anuar Tahir menyerahkan borang keahlian AMANAH kepada Ustaz Yaakub Abu Seman, mantan Ketua Pemuda Pas Perlis.

Setiausaha Agung AMANAH, Mohd Anuar Tahir menzahirkan rasa kegembiraan setelah dua aktivis Pas Perlis menyertai AMANAH dalam satu majlis ramah mesra yang telah diadakan di Kayang, Perlis semalam.

Dalam majlis yang sama Anuar turut menyerahkan sijil keahlian AMANAH kepada bekas Ketua Pemuda Pas Perlis, Ustaz Yaakub Abu Seman dan bekas Setiausaha Pas Kawasan Arau, Ramlee Ahmad.

Jelas beliau lagi, penyertaan kedua-dua aktivis Pas tersebut membuktikan AMANAH adalah salah sebuah parti pilihan yang mampu untuk meneruskan perjuangan sedia ada.

Malah ujarnya, AMANAH kini semakin diyakini dan mampu untuk membela nasib semua golongan masyarakat.

“Kedua-dua bekas aktivis Pas tersebut adalah mereka yang komited semasa berada dalam parti lama.

“Dengan penyertaan mereka ia dapat mengukuhkan lagi dan mencambah sokongan kepada AMANAH.

“Adalah diharapkan dengan penubuhan cawangan baru, AMANAH cawangan Kampung Peladang Tok Kaya, Kayang akan melebar dengan lebih luas selepas ini, ” tegasnya lagi.

Sehubungan itu tambahnya, AMANAH akan terus berusaha bagi meningkatkan lagi jumlah keahlian dan sokongan yang mampu diraih tidak lama lagi.

Turut hadir ialah Ketua AMANAH Negeri Perlis, Wan Kharizal Wan Khazim.

Anuar Tahir, (dua dari kiri) menyerahkan sijil keahlian AMANAH kepada Ramlee Ahmad,.