Kadang-kadang tinggi ilmu agama sahaja tidak cukup untuk memastikan seseorang itu setia selepas berkahwin.
Malah ada yang sanggup minta cerai demi menjadi isteri kedua kepada lelaki lain sedangkan pasangan halal ada di depan mata.
Seorang wanita, Milah (bukan nama sebenar) berkongsi mengenai rakan sekerjanya yang curang dengan suami orang.
“Apa yang aku nak ceritakan ini adalah tentang seorang perempuan yang bekerja di tempat yang sama dengan aku.
Aku namakan perempuan yang aku nak cerita ni sebagai K (bukan nama sebenar).
Untuk pengetahuan semua, aku bekerja di sebuah hospital yang sangat terkenal di Selangor.
K pula memegang jawatan sebagai Ketua Unit Agama di hospital kerajaan tempat aku bekerja. Si K ni dah kahwin dan ada anak perempuan seorang.
Sepanjang perkahwinan, K ni PJJ dengan suami dia sebab suaminya bekerja sebagai seorang pensyarah.
Boleh kata mereka sekeluarga ni orang-orang yang hebat dan berpelajaran. Sepanjang di tempat kerja, aku selalu terserempak dengan K walaupun kami bekerja di jabatan yang berlainan.
Untuk pengetahuan, hospital tempat aku bekerja ni banyak menjalankan program-program keagamaan seperti program ceramah.
Masa bulan Ramadhan pula, unit agama di hospital tempat aku bekerja ni akan sentiasa buat program-program kerohanian seperti Ihya’ Ramadhan.
Dan aku pun selalu juga join program-program ni. Aku kira program ini sudah semestinya adalah idea daripada K memandangkan dia merupakan ketua unit agama di situ.
Justeru, aku sangat hormat dengan K. Keperibadiannya juga sangat baik dan mesra. Tapi, kebelakangan ini, aku terdengar satu berita yang tak best berkenaan K.
Kantoi ada hubungan dengan nazir masjid
Sekarang kecoh di jabatan aku yang K sebenarnya sedang menjalinkan hubungan sulit dengan seorang lelaki dan dia juga mempunyai latar belakang agama macam K.
Katanya, skandal K tu memegang jawatan sebagai nazir masjid di satu masjid yang terkenal di Bangi.
Dan yang paling aku tak percaya sekali adalah lelaki tu rupa-rupanya masih berstatus suami orang. Kiranya, K ni curang dengan suami orang la.
Kawan aku yang bekerja di jabatan yang sama dengan K pun pernah nampak K bermesej dengan nazir tu.
Dalam Whatsapp tu penuh mesej “sweet-sweet”, sayang-sayang, memang macam orang tengah bercinta.
Ada juga mesej K ajak nazir tu kahwin dengan dia. Aku terfikir apa la perasaan suami dia kalau baca mesej-mesej tu.
Isteri nazir tu pun sekarang dah tau tentang hubungan sulit suami dia dengan K.
Isteri dia dah pernah bagitahu tentang hubungan mereka berdua ni kepada suami K dan minta suami K ambil tindakan.
Lepas dapat tahu tentang berita ni, terus suami K confront dengan nazir tu dan juga K sendiri untuk dapatkan penjelasan dan sejauh mana betulnya berita yang disampaikan oleh isteri nazir tu kepada dia.
Selepas kena soal dengan suami K, masing-masing mengaku bahawa mereka sememangnya dah lama ada hubungan dan pernah banyak kali check-in hotel.
Bukan kali pertama curang
Rupa-rupanya, ini bukan kali pertama K curang dengan suami dia. Dah banyak kali juga K curang dengan lelaki-lelaki lain.
Dan suami K memang dapat tangkap pasal ni dan juga dah confront dengan lelaki-lelaki tu minta mereka semua tu jangan berhubung dengan K lagi dah.
Suami K ingat K ni dah berubah la selepas kena tangkap curang dulu. Rupa-rupanya, K cari scandal lain dan scandal terbaru dia ni adalah nazir masjid tu.
Sekarang, K dan suami dia dalam proses untuk bercerai. K yang failkan cerai tu dekat Mahkamah.
K failkan perceraian tu pun sebab K tak sabar nak kahwin dengan nazir tu. Suami K pun tahu tentang plan K dengan nazir nak kahwin.
Yang paling mind blowing sekali adalah bila nazir ni suruh K fokus dengan kes cerai dia dekat Mahkamah supaya diorang ni boleh kahwin cepat.
Cumanya, aku tak tahu isteri nazir tu tahu atau tidak tentang plan K dengan nazir nak kahwin ni.
Apa-apa pun, aku tak sangka orang yang ada latar belakang agama seperti K dan scandal dia boleh curang dengan pasangan sendiri sampai boleh check-in hotel.
Bagi aku, tindakan mereka berdua ni memang melampau dan memalukan agama.
Kisah K ni membuatkan aku susah untuk percaya dengan orang-orang yang ada pengetahuan tinggi tentang agama.
Aku harap cerita aku ini dapat dijadikan pengajaran untuk semua. Tidak kira la sama ada kau ada background agama atau tidak, jangan lah sekali-kali curang dengan pasangan masing-masing.”