Dua elemen dapat memastikan Pakatan Harapan menang PRU14

Dua elemen dapat memastikan Pakatan Harapan menang PRU14

Pakatan Harapan perlu mengambil perhatian dua elemen penting dalam mendepani cabaran bagi memastikan Pakatan Harapan menang dalam pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Wakil Selangor Abas Azmi berkata dua elemen itu pertamanya persepakataan politik dalam empat parti gabungan dan menyenaraikan calon boleh menang untuk memastikan Pakatan Harapan berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN).

“Persepakatan yang mantap telah terbukti menghasilkan kejayaan. Jika kita lihat dalam Pakatan Rakyat pada PRU13 dengan persepakatan mantap pembangkan berjaya mengambil alih lima negeri termasuk Selangor.

“Majoriti 2/3 Parlimen dapat kita nafikan manakala undi popular naik sehingga 52% hasil daripada persepakatan politik mantap ketika itu.

“Oleh itu pimpinan Pakatan Harapan peringkat Nasional harus lebih memberikan tumpuan dalam komponen empat parti ini,” ujarnya dalam membahaskan pidato presiden pagi ini.

Ketua Pemuda AMANAH Negeri Selangor ini turut berkata elemen kedua dalam menentukan calon boleh menang ujarnya, kaedah yang dipersetujui di peringkat nasional yang mengekalkan kerusi sedia ada kepada parti yang menang adalah keputusan yang baik.

“Proses meraikan cadangan di kawasan dan negeri, diangkat ke nasional ditimbangkan oleh pimpinan bersama Pakatan Harapan sangat baik.

“Kepentingan parti melebihi kepentingan lain jadi amat perlu kita jauhi kepentingan peribadi semata-mata.

“Rakyat melihat Pakatan Harapan, kitalah harapan rakyat untuk membantu mereka.

“Dua elemen ini sebaagai perkara serius dalam mendepani cabaran PRU 14 yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang,” ujarnya.

 

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS