Rata-rata rakyat memuji penampilan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah petang semalam.
Reaksi positif orang ramai merentas kaum itu dilihat berderetan dalam hantaran di Facebook rasmi Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH).
Antaranya, Mujahidah Nasuha yang menyifatkan Seri Paduka Baginda dan Perdana Menteri yang menerajui Kerajaan Perpaduan pada masa ini sebagai dua gabungan figura penuh karisma.
“Kredibiliti, semangat juang yang tak pernah luntur. Terus memberi khidmat DSAI! Disusuli dengan dorongan YDPA Agong untuk terus menerajui Malaysia makmur dan harmoni.
“Ayuh, rakyat Malaysia kita bersatu hati. Sama-sama kita doakan para pemimpin seluruh Malaysia dapat melaksanakan tanggungjawab dan amanah dengan baik. Amin…” doanya lagi.
Harapan sama dibangkitkan ramai warganet ketika sudah lebih dua minggu Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri termasuk kalangan masyarakat bukan Melayu, seperti Louis Yong yang berkata, “Terbaik YAB DSAI PM sekarang sangat rajin.”
Kelmarin, Anwar dalam ucaptama Program Pertemuan Mahabbah Perdana Menteri bersama Ulama dan Asatizah di Seri Perdana, Putrajaya menjelaskan kronologi dan titah di dalam Istana Negara sebelum beliau mengangkat sumpah.
Ahli Parlimen Tambun itu turut memberitahu beliau telah menghadap Seri Paduka Baginda pada 10 Disember lalu.
Menurutnya, Agong menitahkannya supaya keadaan sebelum Perdana Menteri angkat sumpah diperjelas supaya tidak timbul kekeliruan berhubung isu terbabit sehingga menyinggung kedudukan Raja-Raja Melayu.
Jelas Anwar, dalam isu pembentukan kerajaan sebaik Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) berakhir, Yang di-Pertuan Agong mengambil tindakan selangkah di depan untuk mengadakan Sidang Khas Majlis Raja-Raja Melayu.
Susulan hubungan baik Anwar dengan Istana Negara, orang ramai berharap situasi itu akan dapat memberi banyak manfaat terhadap kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.
“Inilah pemimpin Melayu yang taat pada YDPA, hormat pada raja-raja Melayu.
“Sangat menjaga adab cara duduk PM10 ketika mengadap YDPA. Daulat Tuanku.
“Daulat Tuanku. Semoga dipermudahkan segala urusan DSAI dalam membawa negara ke arah kebaikan untuk semua masyarakat Malaysia. InsyaAllah. Amin.
“Daulat Tuanku. Baru saya tahu kenapa susah sangat DSAI nak jadi PM10. Sebabnya, DSAI pemimpin yang tulus, amanah, cekap dan bijak mengatasi kerenah ahli politik yang lain.
“PRU15 dah habis. DSAI terus tekun berkerja kuat untuk membawa Malaysia maju ke hadapan. Insyaallah, Aamin,” demikian antara kata orang ramai.
Baca juga Kelantan, Terengganu terancam banjir besar minggu depan, kata aktivis