Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Dua geng pengkhianat tubuh kerajaan atas nama Melayu

Dua geng pengkhianat tubuh kerajaan atas nama Melayu

ARIF ATANMarch 1, 2020 5:31 pm




Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad menyifatkan dua kumpulan pengkhianat kerajaan Pakatan Harapan (PH) bergabung dan menubuhkan kerajaan atas nama Melayu.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, mereka terbabit ialah kumpulan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan ‘kem’ Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Azmin dan geng khianat Anwar. Mahyuddin dan geng khianat Tun M. Dua geng pengkhianat ini bergabung dengan geng Penyamun BN dan tubuh kerajaan. Atas nama Melayu!” tegasnya.

Ciapan di Twitter Ahli Parlimen Shah Alam itu turut menyatakan nama kepada gabungan dua kumpulan pengkhianat terbabit.

“Kerajaan yang ditubuh dinamakan ‘Kerajaan Pengkhianat & Penyamun Bergabung seMalaysia’ atau KPPBM. Hidup Melayu..?” sinis Khalid.

Mengulas alasan kononnya bukan semua penyamun dalam Perikatan Nasional, beliau tidak menafikan hal tersebut.

“Ya benar. Yang bukan penyamun dan tak suka pada penyamun wajar tinggalkan penyamun dan sertai PH dan Tun M. Maka, persoalan majoriti bukan Melayu turut ditangani!

“Tiada alasan bersama penyamun, kecuali memang suka!” tegas Khalid lagi.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Selepas 12 hari dirawat, Tok Pa pulih Covid-19

‘China bina hospital dengan segera, Malaysia bina dewan ketika darurat’

China bina kem kuarantin tampung 4,000 pesakit Covid-19

MAFI dicadang segerakan Program Bakul Kasih Sayang bantu rakyat miskin

Kes Covid-19 terus tinggi, lagi 3,170 kes baharu, 41,755 kes aktif hari ini

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production