Dua juruterbang cedera helikopter dinaiki terhempas di Subang

Hekopter dinaiki dua juruterbang terhempas ketika membuat penerbangan ujian di kawasan padang rumput di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTAAS) Subang.- Foto Mymetro.

Dua juruterbang cedera selepas helikopter Robinson R-66 dinaiki terhempas di kawasan rumput di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTAAS) Subang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, kejadian itu berlaku 8.05 pagi tadi ketika ketika penerbangan ujian.

“Difahamkan ketika kejadian, terdapat dua juruterbang di dalam helikopter berkenaan masing-masing berusia 56 dan 70 tahun.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kemalangan ini. Juruterbang hanya mengalami cedera ringan.

“Kejadian ini tidak mengganggu operasi harian lapangan terbang berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di Petaling Jaya, hari ini, lapor Mymetro.