Dua kali bercerai, Nadia Anuar akui serik nak kenal orang baru

Oleh MAISARAH AISYA

Siapa sahaja menyangka perkahwinan yang dibina akan berakhir dengan penceraian, pastinya semua mahu kekal hingga ajal memisahkan.

Begitu jugalah dengan bekas pengacara Wanita Hari ini, Nadia Anuar yang berdepan dengan dua kegagalan dalam perkahwinan.

Menurut Kosmo, Nadia akui serik untuk kembali berumah tangga dalam masa tersekat dan menganggap penceraian adala satu proses untuk mematangkan dirinya.

Malah dia juga tidak menyalahkan takdir Tuhan, mungkin sudah tetrulis jodohnya bersama bekas suami tidak panjang.

“Serik? Ya sebab sudah dua kali perkahwinan saya gagal.

“Saya bukan jenis orang yang boleh berkahwin, cerai kemudian bernikah lain dalam tempoh yang dekat,” katanya seperti dipetik HibGlam.

Tambah pengacara yang berusia 39 tahun dia memaklumkan sudah ada beberapa jejaka mendekati namun hatinya belum terbuka untuk menerima orang baru.

“Kalau orang tanya bersedia atau tidak bernikah lain, mungkin akan ambil masa sangat lama untuk buka hati.

“Tipulah kalau tidak ada yang mendekati, memang ada cuma saya bukan jenis selalu bersosial atau mudah untuk menjalin persahabatan serta bergaul dengan individu tidak dikenali.

“Jadi, buat masa ini bukan tutup sepenuhnya tetapi hati masih lagi terluka dengan perceraian baru-baru ini,” katanya lagi.

Nadia juga lebih memberi tumpuan kepada dirinya dan dua anak kerana baginya segala nikmat perkahwinan sudah dirasai serta menyerah soal jodoh kepada Tuhan.

Baca juga: Tak mahu jadikan status isteri sebagai alasan tak bekerja, Nabila Razali tetap teruskan karier