Dua kali gagal jumpa Zahid mengecewakan, DAP-Bersatu didakwa punca lewat lulus

Dua kali gagal jumpa Zahid mengecewakan, DAP-Bersatu didakwa punca lewat lulus

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan kekesalannya kerana gagal bertemu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi walaupun telah dimaklumkan kehadiran pimpinan PH  di Kementerian Dalam Negeri hari ini.

“Tidak dapat jumpa menteri mengecewakan kami. Harapan kami dapat jumpa menteri walaupun kementerian tahu kami datang pada hari ini. Semua presiden dalam PH akan datang hari ini.

“Saya diberitahu bahawa menteri sedang berjumpa perdana menteri ada perkara lebih besar daripada nak memberitahu berkaitan kelulusan PH.

“Kami dapat jumpa dengan KSU dan kami cerita masalah kenapa kami datang hari ini,” ujarnya dalam sidang media yang diadakan dipintu masuk luar bangunan Kementeria Dalam Negeri hari ini.

Dr Mahathir menjelaskan, beliau difahamkan punca Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) lewat memberikan kata putus untuk meluluskan pendaftaran PH ekoran dakwanya,  ada hubungkait dengan dua parti dalam PH iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan DAP.

“Mereka (RoS) lambat beritahu kami kerana mereka ada masalah dengan PPBM dan DAP.

“Jika diberitahu awal kami selesaikan tidak ada niat untuk kami bantah atau timbul masalah pada kerajaan,” ujarnya.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu berkata, PH mengharapkan agar keputusan yang akan dibuat oleh RoS disegerakan sebelum menjelangnya  pilihan raya umum akan datang.

” Kita perlukan masa untuk persediaan pilihan raya. Jika beri keputusan seminggu atau dua minggu sebelum PRU tidak mencukupi.

“Antara sebab lain tidak ada melainkan dua sebab itu (Bersatu dan DAP). RoS takda apa.

“Kami harap  dapat  diberitahu lebih awal dan kami akan ambil tindakan jika ada apa-apa yang lain, kami cuba segerakan supaya ada masa untuk persediaan hadapi  pilihan raya.

“Kami cuma nak tahu daripada menteri kenapa lewat sangat. Parti lain daftar cepat tapi ini (PH) tiada jawapan.

“Kami berada dalam keadaan misteri dan tak tahu apa yang kami buat salahkah,” ujarnya yang berkata Ahmad Zahid sebelum ini telah menyatakan pendaftaran PH dalam pertimbangan ketika di Parlimen, bagaimanapun beliau tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu.

Pada Khamis lalu pimpinan PH juga gagal bertemu Ahmad Zahid di Parlimen.

7.5
OVERALL SCORE
3 user votes x 10.0