Jarak usia lebih 20 tahun tidak menjadi penghalang untuk pelakon, Esma Daniel menjalin cinta bersama isterinya, Nuratira Mazlan.
Mula berkenalan di media sosial, pelakon yang berusia 55 tahun itu mengaku mudah mencari keserasian bersama gadis tersebut.
Mengikat tali pertunangan pada 14 Januari lalu, pasangan itu mulanya berjanji untuk bertunang dalam tempoh setahun.
Berfikir panjang, mereka kemudian membuat keputusan untuk terus bernikah memandangkan keluarga sudah bersetuju.
Sah menjadi suami isteri dengan satu lafaz sahaja, Esma bersyukur hubungan mereka dipermudahkan dan mendapat restu dari anak-anak.
“Sebelum ini, saya pernah berkawan dengan wanita berusia, tetapi tiada keserasian dan hubungan tidak berpanjangan.
“Alhamdulillah, dengan Nuratira, semuanya dipermudahkan dan keluarga terutama anak-anak saya merestui hubungan kami,” katanya.
Difahamkan, Esma dan pasangan diijabkabulkan dalam satu majlis yang berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Kajang.
Masih sibuk berlakon, Esma bercadang mahu mengadakan majlis resepsi serentak dengan anak keduanya yang bakal berkahwin pada Ogos depan.
Esma sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Nitra Sari Omar pada 2002 setelah lima tahun bercerai dengan pelakon, Sherie Merlis.
Sekali lagi bercerai pada tahun 2016, pelakon itu dikurniakan lapan orang cahaya mata dari dua perkahwinan tersebut.
Baca juga: Rupanya senang je nak bagi cili subur, teh uncang terpakai pun berkesan?