Seorang penolong pengurus Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) antara dua ditahan malam tadi kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan projek bernilai RM23 juta di Pahang.
Penolong pengurus berusia 35 tahun itu ditahan 7.30 malam tadi manakala seorang pengurus syarikat swasta berusia 51 tahun ditahan pada 3.50 petang semalam.
Kedua-duanya ditahan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang di Kuantan selepas dipanggil memberikan keterangan, lapor Harian Metro.
Tangkapan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan yang ditahan berhubung kes tersebut sebanyak lima orang.
Kesemua suspek ditahan di Pejabat SPRM Negeri Pahang selepas hadir memberi keterangan.
“Mereka disyaki bersekongkol dengan beberapa individu yang telah direman Jumaat lalu untuk memonopoli projek pembekalan air di Pahang,” katanya.
Turut ditahan penolong pegawai operasi dan dua kontraktor.
SPRM difahamkan akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap kelima-lima suspek di Mahkamah Majistret Kuantan, Pahang pada esok dan akan disiasat mengikut Seksyen 16 (b) (A) dan Sekyen 17 (a) Akta SPRM 2009.