Malaysia Dateline

Dua maut tunjuk perasaan di Sudan

Dua penunjuk perasaan terbunuh dalam bantahan di ibu negara itu pada Khamis, lapor agensi berita Anadolu memetik kenyataan doktor.

Jawatankuasa Pusat Doktor Sudan dalam satu kenyataan menyatakan, dua terbunuh termasuk kanak-kanak, Mohamed Obied dan Dr Babikir Abdul Hamid.

Kerajaan Sudan sebelum ini menyatakan 24 maut dalam bantahan yang sudah berlarutan selama sebulan itu.

Sejak pertengahan Disember, pelbagai bantahan dianjurkan di beberapa bahagian Sudan.

Penunjuk perasaan membantah kerajaan yang didakwa gagal mengekang inflasi serta tidak mampu mengatasi masalah kekurangan komoditi.

Presiden Omar Al-Bashir yang mengetuai Sudan sejak 1989, berikar untuk segera melaksanakan pembaharuan ekonomi ekoran bantahan berterusan pembangkang.

Sudan yang didiami 40 juta penduduk, bergelut untuk pulih selepas kehilangan tiga perempat daripada hasil minyaknya, sumber utama negara itu untuk mendapatkan matawang asing, selepas Sudan Selatan berpisah dengan negara itu pada 2011.

— BERNAMA