Dua manifesto kerajaan PH Melaka telah ditunaikan

Dua manifesto kerajaan PH Melaka telah ditunaikan

Baru tiga hari Ketua Menteri, Tuan Haji Adly Zahari mengangkat sumpah jawatan dan memulakan tugas beliau sebagai pemimpin kerajaan Pakatan Harapan (PH) Melaka, dua manifesto PH Melaka telah ditunaikan.

Pertama, melaksanakan langkah berjimat cermat dengan tidak menukar perabot dan peralatan di kediaman Ketua Menteri dan juga pejabat Ketua Menteri.

“Penjimatan dianggarkan lebih RM100,000. Beliau dan kerajaan juga berusaha menjimatkan bil elektrik minimun 50 peratus di kediaman Ketua Menteri Seri Bendahara.

“Bil bulanan dianggarkan kira-kira RM40,000,” kata Adun Durian Tunggal, Mohd Sofi Wahab kepada Malaysia Dateline.

Kedua, kerajaan PH telah mengeluarkan Pinjaman dan Dermasiswa untuk semua pelajar Melaka di Timur Tengah tanpa mengira kursus yang diambil.

Kata Sofi, kedua-duanya adalah tindakan yang dianjurkan oleh Islam iaitu berjimat cermat dan tidak menzalimi rakyat.

8.1
OVERALL SCORE
9 user votes x 9.0
CATEGORIES