Penyanyi, Shahir Zawawi yang pernah meletup dengan lagunya berjudul “kebahagiaan dalam perpisahan”, semakin kurang dilihat di media-media sosial.
Malah perkembangan penyanyi itu juga tidak diketahui sebilangan peminatnya selama ini.
Namun anak seni itu tiba-tiba muncul semula dengan membuka satu akaun di TikTok dan mengumumkan akan kembali aktif di media sosial.
Menurut Shahir, dia “menghilang” selama dua tahun gara-gara akaun media sosial miliknya digodam.
Sejak dari itu, dia akui hilang semangat kerana kejadian yang menimpanya sebelum ini memberi kesan besar terhadap dirinya.
Bagaimanapun, dengan dorongan seorang individu membuatkan dirinya tekad untuk mencipta akaun baru dan bermula daripada bawah.
“Setelah hampir dua tahun sosial mediaku digodam, sejujurnya dah hilang semangat rasanya nak mulakan semula dari awal.
“Tapi Allah kirimkan seseorang mengetuk pintu hati ini untuk bangkit semula. Insya-Allah kita cuba ya,” katanya.
Shahir mendakwa akaun Instagram telah digodam selepas dia secara tidak sengaja membalas satu ‘direct message’ (DM) yang dihantar kepadanya yang meminta sejumlah wang sebanyak AS$200 (RM885).
Namun, dia bertindak untuk mengabaikan permintaan tersebut dan tanpa disedari semua gambarnya telah hilang.
Baca juga: “Suami enggan bercerai, mengaku depan hakim tak sayang aku tapi malu jadi duda”