Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Dua tentera darat hilang dalam operasi OP Pejarak dikenalpasti

Dua tentera darat hilang dalam operasi OP Pejarak dikenalpasti

SITI NUR ZAWANI MISCONJuly 22, 2019 4:13 pm




Dua anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang didakwa hilang ketika bertugas baru-baru ini telah dikenalpasti daripada Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja (4 RRD) yang berpangkalan di Kem Bukit Cowder, Perlis

Kementerian Pertahanan Malaysia memaklumkan bahawa dua anggota tersebut disyaki hilang ketika sedang bertugas dalam Operasi PEJARAK (OP PEJARAK) di Pulau Perak.

Kementerian Pertahanan dalam kenyataannya hari ini mengesahkan insiden melibatkan kehilangan dua anggota 4 RRD itu.

“Berdasarkan laporan yang diterima, dua orang anggota berkenaan adalah Koperal David Edmund Rapi dan Lans Koperal Moses Logers.

“Ketiadaan anggota dikesan pada lewat malam 19 Julai 2019 ketika Ketua Penempatan membuat perbarisan pemeriksaan malam bagi mengira kekuatan.

“Usaha pencarian dihentikan pada awal pagi 20 Julai 2019 berikutan angin kuat serta hujan lebat selain penglihatan yang amat terhad,”katanya.

Op PEJARAK merupakan operasi yang dilaksanakan di bawah kawalan Markas Pemerintahan Armada Barat, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang melibatkan penempatan anggota TDM di dua buah pulau di antara perairan Kedah dan Perak.

Kenyataan itu turut berkata, usaha mencari dan mengesan dua anggota tersebut telah dilaksanakan dan diteruskan oleh anggota yang bertugas di pulau berkenaan.

“Usaha pencarian telah dipergiatkan bagi memastikan anggota tersebut ditemui dengan secepat mungkin.

“TDM dengan kerjasama TLDM, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah mengatur gerak aset dan sedang giat menjalankan aktiviti pencarian bermula pada pagi 20 Julai 2019 di kawasan pulau dan perairan persekitaran bagi mengesan anggota-anggota tersebut,”katanya.

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Pemuda Umno edar ayam percuma dikecam, bimbang wujud ‘Kluster Ayam Beku’

Paksaan, sengketa dan agenda Islam yang terpesong

PKP: Kasihan rakyat Kelantan sebab Exco ‘cerdik sangat’

“IKEA, kedai emas dibenar operasi peniaga kecil disuruh duduk rumah”

Pesakit COVID-19 di ICU semakin bertambah, 8 lagi maut

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production