Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Dua yang dibawa balik positif koronavirus

Dua yang dibawa balik positif koronavirus

Oleh MALAYSIA DATELINEFebruary 5, 2020 4:44 pm




Dua rakyat Malaysia yang dibawa pulang ke tanah air dari Wuhan, China semalam disahkan membawa coronavirus (2019-nCoV).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam satu kenyataan hari ini berkata, keduanya sedang menerima rawatan di wad isolasi Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban dan berada dalam keadaan stabil.

Jelasnya, dengan pertambahan dua (2) kes baru ini, jumlah kumulatif kes 2019-nCoV yang dilaporkan sehingga hari ini adalah sebanyak 12 kes; iaitu lima (5) kes dalam kalangan kes Patient-Under-Investigation (PUI) jangkitan 2019-nCoV, lima (5) kes dalam kalangan kontak rapat dan dua (2) kes dalam kalangan rakyat Malaysia yang dibawa pulang dengan Misi Bantuan Kemanusiaan.

Tambahnya, daripada jumlah tersebut, sembilan (9) kes adalah warganegara China dan tiga (3) orang adalah warganegara Malaysia.

“Sehubungan itu, dari 10 Januari 2020 sehingga 5 Februari 2020 jam 10:00 pagi; jumlah kumulatif kes PUI jangkitan 2019-nCoV adalah 257 orang; di mana 161 adalah warganegara Malaysia, 91 warga China dan masing-masing satu (1) warganegara Australia, Republik Korea, Jordan, Brazil dan Thailand. Lima (5) kes telah disahkan positif 2019-nCoV, 235 adalah negatif 2019-nCoV dan 17 kes masih menunggu keputusan makmal,” katanya.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Darurat mesti cepat bukan lambat

Not all politicians are humble, but this one is

Solidariti pemimpin DAP hulur bantuan pasca banjir Pahang

“Yang mana mau ikut, Menteri Kanan atau Menteri Wilayah”

Pemuda Umno edar ayam percuma dikecam, bimbang wujud ‘Kluster Ayam Beku’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production