Malaysia Dateline

Duduk di rumah bagus, tetapi tidak hentikan wabak Covid-19, kata Dr Dzul

Bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyambut baik usaha 10 makmal perubatan, pusat pengajian tinggi tempatan yang sedang membuat ujian dignostik bagi mengesan dan menghentikan wabak Covid-19.

Ini kerana, kata beliau, Perintah Kawalan Pergerakan bagus untuk memastikan wabak ini tidak merebak tetapi tidak menghentikan wabak ini tanpa kaedah yang betul yang boleh memusnah punca wabak ini.

10 Makmal Perubatan di IPT mendapat kebenaran untuk membuat ujian bagi melawan Covid-19.

“Meminta rakyat duduk di rumah dan menghentikan pergerakan mereka bagus tetapi ia tidak menyelesaikan wabak ini.

“Kita mesti memastikan pasukan kesihatan kita menggunakan kaedah terbaik untuk mengesan orang yang disyaki dan menyembuhkan mereka,” kata ahli parlimen Kuala Selangor itu melalui twitternya.

Ini berikutan pengumuman Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang memaklumkan 10 buah makmal di 10 buah universiti mendapat kebenaran dari mereka untuk memulakan ujian Covid-19.

Menurut Dr Dzul, Persatuan Kesihatan Dunia (WHO) kini sentiasa menggalakkan ujian demi ujian dibuat bagi melawan Covid-19 sehingga penyelesaian untuk melawan wabak ini ditemui.

“WHO matra adalah ujian, ujian, ujian,” kata Dr Dzul ketika berkicau melalui twitternya bagi menyambut baik keputusan KPT itu.

Antara IPT yang mendapat kelulusan untuk menyertai usaha membuat ujian ini adalah dua pusat perubatan di UM, UPM, UKM, USM, UIA, UMBI, Unimas, UITM dan NIBM.