Siapa sangka, seorang warga emas berjaya mengumpul duit sebanyak RM23,000 dengan hanya bekerja mencuci pinggan.
Perkara itu terbongkar apabila ketua kampung dari kawasan Payakumbuh, Sumatera Barat mengunjungi rumah warga emas tersebut.
Difahamkan, warga emas yang dikenali sebagai Biyok dikalangan penduduk kampung itu merupakan golongan kurang upaya (OKU) iaitu pekak.
Hidup secara bersederhana, Biyok yang tinggal sebatang kara itu menerima sumbangan berbentuk pakaian dari orang ramai.
Oleh yang demikian, tujuan ketua kampung yang bernama Musleniyetti berkunjung ke rumah lelaki tua itu adalah untuk membantunya mengemas.
Namun, alangkah terkejutnya Musleniyetti apabila dia menemui banyak karung berisi wang di sekitar rumah itu.
Menurut Musleniyetti, wang yang dijumpai bernilai 100 rupiah (kira-kira RM0.02 sen) sehingga 100,000 rupiah (kira-kira RM28).
Oleh kerana wang yang disimpan Biyok terlalu banyak, Musleniyetti terpaksa meminta bantuan orang ramai untuk mengiranya.
“Pada mulanya lapan orang membantu mengira wang berkenaan sebelum ditambah menjadi 16 orang.
“Duit ada di merata-rata, di lantai, dalam lipatan kain, bawah bantal dan tilam,” katanya yang berjaya memujuk Biyol untuk menyimpan wang itu di bank.
Mencecah RM23,000, wang yang dikumpul semenjak tahun 90an itu dikatakan belum habis dikira oleh penduduk kampung.
Baca juga: Sanusi kongsi semula kenyataan fitnah, Mahfuz pertimbang prosiding hina mahkamah