Pelakon dan usahawan, Datin Seri Paduka Eina Azman kembali menyita perhatian ramai setelah membuat satu perkongsian di laman TikTok miliknya baru-baru.
Mana tidaknya, wanita berusia 28 tahun itu mendedahkan bahawa dirinya menerima hadiah telefon pintar keluaran terhaharu Apple iaitu iPhone 15 daripada suami.
Selain berjaya mendapatkan stok telefon bimbit eksklusif itu dengan lebih awal dari pembeli lain, suaminya turut menghadiahkan empat unit iPhone 15 khas buat Eina.
Tidak mengejar trend terkini, pemilik nama sebenar Ainur Syakina Azman itu langsung tidak menyangka bahawa dia bakal menerima gajet model terbaharu tersebut.
Mengaku tidak pernah meminta bantuan daripada suami untuk menukar telefon pintar ke edisi terkini, Eina mengaku dirinya terpaksa menuruti kerenah suami.
Eina memaklumkan bahawa suaminya iaitu usahawan, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden sering memaksanya untuk menggunakan iPhone keluaran terbaharu.
Mengundang perbincangan hangat, pemberian hadiah tersebut sempat dirakam dan dimuat naik oleh duta masakan Maggi Cukup Rasa itu di akaun TikTok miliknya.
“Masya-Allah, romantiknya suami saya ini. Saya tak pernah minta nak pakai iPhone terkini. Tapi suami saya ini memang, dia suka paksa saya tukar telefon baharu.
“Sebenarnya, kalau pakai iPhone edisi ke-11 atau 12 pun saya tidak kisah,” kata ibu kepada pasangan kembar seiiras, Arianna Aubrey dan Karl Kareef itu.
Wanita bertuah itu sekali lagi menerima kejutan apabila Datuk Paduka Kaiser mendedahkan bahawa iPhone edisi ke-15 itu sebenarnya dibelikan sebanyak empat unit.
Tidak tahu mahu menggunakan lebihan telefon itu untuk tujuan apa, Eina bercadang untuk memberikan tiga unit iPhone tersebut secara percuma kepada pengikutnya.
“Eina fikir suami beli satu biji iPhone 15, rupa-rupanya suami Eina beli empat buah. Sekarang ada lebih tiga lagi iPhone 15. Eina tak tahu nak buat apa dengan telefon ini.
“Kalau Eina nak bagi kepada kamu semua secara percuma, ada tak yang nak?.” Tambahnya dalam hantaran yang telah mendapat lebih setengah juta tontonan itu.
Sekadar info, siri iPhone 15 baharu sahaja dilancarkan pada 12 September lalu dan tempahan awal hanya dibuka pada 22 September untuk pasaran Malaysia.
Baca juga: Michael Gambon terkenal watak Albus Dumbledore di filem Harry Potter meninggal dunia