Malaysia Dateline

Duit palsu! Lelaki rugi selepas jual telefon terlalu percaya imej bertudung litup

Luluh hati seorang lelaki di Kajang apabila hasrat untuk memulakan perniagaan tidak kesampaian selepas beliau ditipu oleh seseorang yang telah membeli telefonnya dengan duit palsu.

Lelaki yang dikenali sebagai Asyraff Akra menunjukkan jumlah wang yang diterima selepas menjual telefonya di mana kesemua note RM100 adalah palsu dan hanya dua keping RM50 sahaja yang sah.

“Dugaan terkena atas diri sendiri..

“Jual phone nak rolling mula meniaga sekali kena tipu..note rm100 tu duit palsu..Note RM50 je betul,” tulisnya.

Bagaimanpun beliau tidak mengesyaki ianya duit palsu kerana terlalu percaya kepada pembeli yang bertudung litup.

“Serius aku tak perasan.silap aku terlalu percaya manusia bertudung litup..sama bangsa pun nak tipu.

“Takpa la kak dan abang..selamat maju jaya merangkak mencari aku dan isteri aku di padang mahsyar nanti..nanti kita gather gather balik yer,” katanya.

Asyraff sangat bersalah dengan apa yang berlaku kerana beliau tidak berhati-hati dan terlalu sangat percaya sehingga beliau lupa untuk mengambil gambar si pembeli itu.

“Tu je aku ada. Silap tak snap gambar sebab sepanjang aku buat jual beli tak pernah kena macam ni, lesson learned!

“Isteri aku dan aku masih positif, ada la tu rezeki dan hikmah lain nak datang..inshaAllah,” katanya.

Baca juga: 10 tahun harungi perjalanan hidup bukan mudah buat Khairul Aming berjaya, pernah 4 kali gagal bisnes

Baca juga: DBKL sediakan surau bergerak