Duit simpanan KWSP sikit sangat, pemuda kecewa tak dapat keluarkan akaun 3

Oleh KIM SYAZIE

Sebahagian pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meluahkan rasa kecewa apabila tidak layak mengeluarkan wang di akaun 3.

Ini kerana, Akaun Fleksibel itu memerlukan pengeluaran minima sekurang-kurangnya RM50. 

Jika caruman KWSP setiap bulan sekitar RM400, kira-kira 10 peratus sahaja atau RM40 yang akan dimasukkan ke akaun 3. Maka sebab itu ramai yang masih belum boleh mengeluarkan wang dari akaun tersebut.

Menerusi perkongsian video TikTok @qxrnain, kelihatan dua orang lelaki yang kecewa kerana tidak dapat membuat pengeluaran KWSP kerana tidak membuat pemindahan wang terlebih dahulu.

Rata-rata warga TikTok memberitahu kejadian itu berlaku disebabkan baki tidak mencukupi dan tidak membuat permohonan pemindahan wang ke akaun 3 yang mengakibatkan pencarum tidak layak.

“Memang tak layak kalau akaun 3 kurang, kena buat pemindahan dulu,” komen nightraid309.

“Kena buat pemindahan wang terlebih dahulu. Dari akaun 2 ke akaun 3. Selepas tempoh 3 hari bekerja baru boleh buat pengeluaran,” komen dedeeeeel__.

“Kena pindahkan dahulu akaun 2 ke akaun 3 baru layak, kalau terus tekan pengeluaran memang tak layak,” komen @mohdrazifjanan.

Baca juga: “Jijik! Tergamak dia curang dengan cikgu taska anak sendiri, bila minta cerai mulalah keluar air mata jantan”