Duit syiling RM1 lama kini bernilai RM10K, ada sekeping pun dah cukup

Oleh KIM SYAZIE

Bagi pengumpul duit lama, syiling RM1 inilah menjadi dambaan dalam koleksi selepas ia ditarik semula oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2005.

Sama seperti duit RM2 yang ditarik semula pada tahun 2000, duit ini tidak lagi dicetak ini dan nilainya pula semakin tinggi.

Tidak perlu pergi jauh untuk tahu nilai, cari sahaja di portal membeli-belah atas talian, ada ramai yang menjual duit syiling lama.

Di aplikasi Lazada, seorang penjual bertindak memasarkan syiling RM1 tahun 1994 pada harga RM10,000.

Pastinya ramai terkejut dan ingin mengetahui bagaimana duit syiling RM1 ini mampu mencecah puluhan ribu ringgit.

Ini tujuh sebab yang anda mengapa nilai wang lama itu boleh menjadi sangat mahal.

  1. Low Mintage (Jumlah pengeluaran / tempaan yang sedikit)
  2. Kepelbagaian syiling (Jenis logam, kilang tempa)
  3. Sejarah duit itu sendiri
  4. Kondisi duit tersebut (VG, F, VF, EF atau UNC)
  5. Lambakan duit syiling sama pada satu masa
  6. Duit syiling error
  7. Permintaan dari pengumpul duit lama

Di Malaysia ada satu kelab ditubuhkan khas buat pengumpul wang lama ini dan ia dinamakan Kelab Numismatik Malaysia.

Numismatik bermaksud wang lama dan pada tahun 2013 sahaja bilangan mereka sudah mencapai 52,826 ahli.

Walaupun tak nampak seperti aktif, tapi sudah semakin banyak kedai yang anda boleh pilih untuk menjual balik wang lama.

Baca juga: Senarai duit Syiling Malaysia paling mahal dijual, ada yang cecah RM700K!