Dukung semangat kemuafakatan bentuk negara bangsa utuh, kata Azmin

Dukung semangat  kemuafakatan bentuk negara bangsa utuh, kata Azmin

Rakyat Selangor diseru mendukung semangat kepelbagaian kaum, bangsa dan agama dengan menitik beratkan aspek perpaduan untuk mengekalkan Selangor sebagai negeri harmoni.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dipetik berkata, penyatuan dan permuafakatan dipupuk mampu menjadi teras kepada pembentukan negara dengan bangsa utuh.

“Sebagai generasi pewaris, menjadi tanggungjawab kita memaknai semula erti kemerdekaan dengan menitikberatkan aspek kemasyhuran negara.

“Justeru, kita perlu rai kepelbagaian kaum, bangsa dan agama dengan memberi tumpuan mengangkat nilai kesamarataan dalam nilai masyarakat.

“Mari kita berpegang teguh atas prinsip perpaduan untuk tempoh 60 tahun ini dan terus mengekalkan selamanya. Inilah prinsip Selangorku Sehati Sejiwa,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Kemerdekaan Peringkat Negeri Selangor, malam tadi.

Terdahulu, beliau mengetuai laungan kemerdekaan sebanyak tujuh kali sebagai simbolik sambutan kemerdekaan peringkat Selangor di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam.

Ungkapan keramat ‘Merdeka’ itu kemudiannya disambut lebih 10,000 warga Selangor yang hadir memeriahkan suasana.

{loadposition myposition}