Dulu berangan nak buat rumah besar 2 tingkat, bila usia dah lanjut baru aku sedar rupanya…

Oleh NASUHA RAHMAN

Dulu berangan hendak bina rumah besar dua tingkat 6 bilik tidur dan 4 bilik air, maklah orang yang kuat menghalang katanya tua esok-esok rumah akan kosong.

Semua kita impikan untuk anak-anak dengan harapan anak akan balik duduk dengan kita, tapi sangkaan kita merosot anak-anak bila dah besar semuanya ada rumah sendiri.

Begitulah dilema yang dihadapi oleh Farizal Radzali yang ingin memilik rumah yang besar namun atas nasihat maknya dia lupakan hasrat itu.

Ikuti coretan beliau:

Masa baru kahwin dulu, masih muda, duduk kat rumah teres. Simpan impian nak duduk kat rumah lot. Kononnya ada tanah, boleh bercucuk tanam.

Bila dah dpt tanah, masa tgh buat pelan rumah, kononnya nak buat rumah 2 tingkat, ala² banglo. Tgk rumah org besar, mcm seronok je. Hajat hati nak buat 6 bilik tidur 4 bilik air. Bilik anak² 4, bilik kita laki bini 1, lagi 1 bilik tetamu, kununnya la. Ada jugak hati nak buat bilik solat.

Dari lakaran pelan tu, tanya² kontraktor, nilainya RM300k ke atas jugak masa tu. Buat loan, ansuran bank lebih kurang RM2.5k sebulan selama 30 tahun. Ini kos 7 tahun lepas ye. Bukan kos skrg.

Tapi mak pesan, tak payah la buat rumah besar², nnti kos pun jadi besar. Byk lagi duit nak guna pakai utk perkara lebih penting.

Skrg ni anak² masih kecik, kos hidup belum tinggi. Kamu pun muda lagi, masih kuat ada tenaga nak turun naik tangga, nak bersihkan rumah semua. Rumah ni makin besar, makin byk kita isi. Sama je sempitnya nanti.

Lagi 1, skrg iyelah anak kamu duduk sekali. Nanti diorang dah besar, kamu makin tua. Anak² dah ada rumah sdiri, kamu tinggal berdua je. Ha, kamu tgk dia, dia tgk kamu. Masing² lutut dah lenguh. Rumah berhutan bersawang. Nak harap siapa kemas rumah yg besar² tu?

Mak kata, dah tua² nnti, biarlah kita fikir bekalan akhirat, bukan sibuk nak jaga rumah, fikir nak cari duit, sampai umur berapa loan tak habis². Tenang² je dah.

Masa tu rasa geram jugak kat mak, kenapa la mak tak bagi sokongan langsung. Org ada impian, nak rumah banglo, nak bercucuk tanam kat keliling rumah.

Nak lawan cakap mak, takut durhaka. Lalu terbinalah rumah setingkat, 4 bilik tidur, 2 bilik air shj. Nilai binaan baru RM128k je. Bayaran ansuran pun tak sampai RM1k sebulan.

Ish ish ish…

Skrg bila usia dah makin meninggi, anak² semakin membesar, kata² mak jadi kenyataan. Nasib baik ikut cakap mak.

Konon nak bercucuk tanam, tapi balik kerja terus kalut hal dlm rumah nak masak bagai, badan pun dah letih seharian kerja. Hari cuti takdan nak tgk luar rumah sbb kerja dlm rumah pun tak habis². Last² tak payah pun bercucuk tanam, rumput lalang tu dah boleh tumbuh sdiri.

Bilik anak² dah mula kosong. Yg balik kolej, yg balik asrama.

Kudrat dah makin kurang. Puluhan tahun berlalu, pelbagai perkara terjadi. Yg kemalangan, kaki dah tak kuat, yg jatuh, lutut dah selalu sakit. Rumah setingkat pun rasa mcm bertingket². Dari dapur ke depan pun kena berhenti kat R&R. Hahahah…

Ramai kawan² seusia saya yg punya rumah besar tanpa org gaji, dah mula rasa penat turun naik tangga. Ada yg kata tingkat atas tu hanya dinaiki sebulan sekali je. Barang tak penting je letak tingkat atas, barang penting, kegunaan hari² semua kat tingkat bawah. Sbb tak lalu turun naik tangga.

Dulu nak rumah besar, skrg rasanya biarlah rumah kecik.

Dulu nak rumah yg ada tanah, boleh bercucuk tanam, skrg rasanya nak duduk rumah teres je, dah tentu takde rumput & lalang utk ditebang.

Kita tak nampak masa depan sbb kita belum sampai sana. Tapi mak ayah kita dah tahu sbb mereka dah lalui & rasai.

Baca juga: Punca sukar dapat watak remaja kolej, Mia Sara akhirnya dedah rupanya…